Kawasan zon merah Covid-19 bertambah menjadi 24 lokasi, mengikut statistik terbaru sehingga 12 tengah hari semalam.
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia di Facebook, daerah terbaru zon merah ialah Kuantan.
“Teruskan duduk di rumah, amalkan penjarakan sosial dan tingkatkan penjagaan kebersihan diri,” menurut status itu lagi.
Kuantan menjadi daerah kedua di Pahang yang dikategorikan sebagai zon merah selepas merekodkan 43 kes positif Covid-19.
Sebelum ini, Jerantut dimasukkan dalam kategori itu selepas merekodkan 63 kes.
Tiada zon hijau - iaitu sifar kes Covid-19 - di negeri itu.
Kawasan
yang merekodkan lebih daripada 40 kes akan dikategorikan sebagai zon
merah, manakala zon jingga (20-40 kes), zon kuning (1-19 kes) dan zon
hijau (sifar kes).
Daerah yang dikategorikan zon merah dengan kes
paling tinggi ialah Lembah Pantai (417 kes), Hulu Langat (361), Petaling
(318), Kuching (192), Seremban (180), Kluang (175), Johor Bahru (158),
Klang (134), Gombak (117) dan Kepong (107).
Selain itu, daerah zon
merah yang lain ialah Titiwangsa (97 kes), Kinta (94), Kota Bharu
(85), Tawau (67), Hilir Perak (66), Cheras (64), Jerantut (63(, Jasin
(53), Rembau (48), Batu Pahat (48) dan Sepang (47).
Sementara itu, sebanyak 17 daerah dikategorikan sebagai zon jingga dan 77 daerah sebagai zon kuning.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan