KUALA LUMPUR – Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor
Hisham Abdullah telah menyertai gabungan saintis dunia dalam usaha
mereka untuk bertindak menentang pandemik COVID-19 di kawasan yang
kekurangan sumber.
Drugs for Neglected Diseases Initiative (DNDi) dalam satu kenyataan hari ini berkata, Dr Noor Hisham adalah seorang daripada 74 penandatangan untuk Gabungan Penyelidikan Klinikal COVID-19 yang bertujuan mempercepat penyelidikan COVID-19 yang sangat diperlukan di kawasan itu.
Selain saintis, gabungan itu juga terdiri daripada ahli fizik,
penyumbang dana dan penggubal dasar daripada lebih 70 institusi dari
lebih 30 buah negara, dengan komitmen sepenuhnya untuk mencari
penyelesaian COVID-19 untuk kawasan kekurangan sumber di mana virus itu
boleh melumpuhkan sistem kesihatan yang sudah rapuh dan menyebabkan
kesan kesihatan yang paling besar kepada penduduk yang terdedah.
Drugs for Neglected Diseases Initiative (DNDi) dalam satu kenyataan hari ini berkata, Dr Noor Hisham adalah seorang daripada 74 penandatangan untuk Gabungan Penyelidikan Klinikal COVID-19 yang bertujuan mempercepat penyelidikan COVID-19 yang sangat diperlukan di kawasan itu.
Antara penandatangan utama lain ialah Profesor Universiti
Kolokotrones dari Kesihatan Dunia dan Perubatan Sosial di Universiti
Perubatan Harvard, Amerika Syarikat, Paul Farmer; Ketua Pengarah
Institut Pasteur, Perancis, Stewart Cole; dan Saintis Kanan di
University of Oxford, Philippe J Guerin.
Dalam ulasan yang disiarkan dalam jurnal antarabangsa – The Lancet, hari ini berkata ahli gabungan menyuarakan pandangan bahawa kerjasama penyelidikan dan koordinasi antarabangsa diperlukan segera untuk menyokong Afrika, Amerika Latin, Eropah Timur, dan beberapa negara Asia sebagai tindak balas segera terhadap wabak yang semakin buruk dan mempercepat penyelidikan yang disesuaikan dengan keadaan sumber yang terhad, menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu turut memaklumkan bahawa walaupun kajian bersama Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang dinamakan ‘Solidarity Trial’ telah dilancarkan, penulis jurnal itu mendapati bahawa daripada hampir 600 percubaan klinikal COVID-19 yang didaftarkan, percubaan yang dirancang dalam keadaan kekurangan sumber adalah terlalu sedikit.

Oleh itu, penulis berkenaan mahu berkongsi kepakaran teknikal dan
keupayaan percubaan klinikal untuk mempercepat penyelidikan COVID-19
dalam keadaan itu, menurut kenyataan berkenaan.
DNDi berkata gabungan itu akan mempermudah pendekatan koordinasi supaya semua data dari semua wilayah dapat dikumpulkan dalam cara yang sama, dianggarkan dan dikongsi dalam masa nyata yang akan membantu negara-negara dan WHO untuk membuat keputusan berasaskan bukti yang jelas mengenai dasar dan amalan.
Kenyataan itu turut menyebut bahawa Ketua Saintis WHO, Dr Soumya Swaminathan juga memuji inisiatif gabungan itu yang akan membantu WHO melaksanakan peranan penyelarasan dalam tindak balas dunia terhadap COVID-19.
“Kami mengalu-alukan pelancaran gabungan ini, yang menggunakan
kesempatan daripada kepakaran multinasional dan multidisiplin yang sedia
ada dalam menjalankan ujian klinikal dalam keadaan kekurangan sumber.DNDi berkata gabungan itu akan mempermudah pendekatan koordinasi supaya semua data dari semua wilayah dapat dikumpulkan dalam cara yang sama, dianggarkan dan dikongsi dalam masa nyata yang akan membantu negara-negara dan WHO untuk membuat keputusan berasaskan bukti yang jelas mengenai dasar dan amalan.
Kenyataan itu turut menyebut bahawa Ketua Saintis WHO, Dr Soumya Swaminathan juga memuji inisiatif gabungan itu yang akan membantu WHO melaksanakan peranan penyelarasan dalam tindak balas dunia terhadap COVID-19.
“Walaupun pusat penularan ini hari ini di tempat lain, kita mesti bersedia daripada sekarang untuk menghadapi kesan pandemik ini dalam keadaan lebih banyak sumber terkawal atau kita akan kehilangan banyak nyawa,” katanya dipetik oleh kenyataan itu.
Ahli gabungan itu turut menyeru komitmen khusus untuk memastikan akses, supaya rawatan baharu yang berkesan disediakan secepat mungkin dalam keadaan kekurangan sumber dan dengan harga yang berpatutan serta mudah diakses.— BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan