Kamalulhysham Mohd Suhut
ADALAH saya mewakili seluruh Exco Pertubuhan Pendokong Dan Pencinta Ulamak Malaysia (Geng Ustaz), Humanitarian Inspired Global Organization Malaysia (HIGOM), UMMAH Selangor dan beberapa NGO lain dan umat Islam umumnya merasa kecewa dan terguris dengan “posting” yang dikeluarkan oleh Pengarah Urusan EZ Qurban, En Azhar Ab Shukur yang menghina Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dengan kata-kata yang biadap dan kurang ajar.
En Azhar Ab Shukur yang menggunakan akaun FB dengan nama Ab Shukur Azhar merupakan bekas calon Pilihan Raya Kecil Sungai Besar juga merupakan ahli Parti Amanah Malaysia (PAN).
Para ulama memiliki kedudukan yang mulia dan agung di sisi Allah. Allah telah meninggikan derajat mereka dan memuliakan mereka daripada insan lain. Allah SWT berfirman,
“Niscaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman diantaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat.” ( Mujadilah : 11 )
Dalam ayat lain Allah Azza wa Jalla mengatakan:
Katakanlah: “Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui” Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran.” ( Az- Zumar : 3 )
Ada sebuah riwayat dari Abu ad-Darda’ berkata, aku pernah mendengar Rasulullah SAW , “Dan sesungguhnya para ulama itu adalah pewaris para nabi. Dan sesungguhnya para nabi itu tidak mewariskan uang dinar dan tidak juga dirham. Mereka itu hanya mewariskan ilmu, maka barangsiapa yang mengambilnya maka ia telah mengambil peruntungan yang sangat banyak”. (HR Abu Daud )
Dari Ubadah bin As-Somit RA bahwasanya Rasulullah SAW bersabda,
“Tidak termasuk umatku orang-orang yang tidak memuliakan orang yang lebih tua dari kami, menyayangi yang lebih muda dari kami, dan tidak mengetahui hak seorang ulama”. (HR Ahmad dan al-Hakim ).
Sesungguhnya Rasulullah SAW teramat marah terhadap mereka yang menghina para ulama dan orang-orang yang soleh.Kebencian mereka yang selalu menghina Islam dan para ulama sesungguhnya menjerumuskan diri mereka sendiri ke dalam dosa besar.
Sebagai seorang Muslim kita diajar oleh Allah bukan sahaja diperintah supaya menghormati orang tua apatah lagi menghormati golongan yang menjadi teras agama yang menjadi rujukan kepada umat Islam sejak kewafatan Baginda SAW.
Justeru kami menggesa supaya En Azhar Ab Shukur Pengurus EZ Korban Sdn Bhd supaya memohon maaf secara terbuka di atas sikapnya yang melampaui batas dan biadap itu dengan kadar segera.
Sekiranya beliau enggan melakukan demikian Pertubuhan Pendokong Dan Pencinta Ulamak (Geng Ustaz) akan membuat laporan polis dan mengadakan kempen besar-besaran mengajak umat Islam Malaysia memboikot EZ Qurban, EZ Travel dan seluruh anak syarikatnya yang tidak menjaga sensitiviti umat Islam yang sangat kasih dan cinta kepada alim ulamak.
*Kamalulhysham Mohd Suhut-Presiden Pertubuhan Pendokong Dan Pencinta Ulamak Malaysia (Geng Ustaz) – HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan