Tuesday, October 1, 2019

Siapa Gila Kuasa Anwar Atau Tun ?

Oleh Norman Liverpool


Selepas lebih setahun kerajaan bernama PH diberi amanah menguruskan negara ini, rakyat ada yg bertanya apa yg Anwar Ibrahim telah lakukan dari janji2 ya dahulu. PRU baru2 ini apa yg Anwar janjikan sedangkan beliau berada di dlm penjara.

Menjatuhkan BN bukan mudah. Ia seperti diperintah oleh Rejim Ditaktor yg sgt kejam. Cakap lebih kena tangkap, yg buat aduan ditangkap yg bersalah terlepas, nak keluar media tak boleh, Kuasa media, kehakiman, polis semuanya dikuasai oleh Ketua Eksekutif.

Bila tumbangnya BN bermakna majoriti rakyat Malaysia menolak kerajaan yg kejam & korupsi.... pendek kata yg menyalahgunakan kuasa. Rakyat menyampaikan mesej mereka inginkan Malaysia Baru.

Apa itu Malaysia Baru yg diinginkan oleh rakyat Malaysia? Asas utamanya rakyat mahu kerajaan baru meminimakan rasuah. Mana2 negara di dunia yg bermasalah dgn rasuah akn hancur. Apabila langkah pertama itu dilakukan barulah mana2 negara akan menjadi sehebat China.

Revolusi China bermula dgn memerangi rasuah. Bila rasuah ditakuti maka berbillion billion wang boleh digunakan utk membangunkan rakyat.

Tanya pada diri kita, RM 1 billion itu apa yg boleh kita buat. Jika diberi kpd daerah Manjung.... pasti daerah itu menjadi daerah termaju di Malaysia. Pastinya 400 ribu penduduk Manjung akan menikmati ekonomi daerah tersebut. Tapi bayangkan wang dan aset sebanyak RM 1 billion dijumpai hanya disebuah rumah seorang pemimpin.

Maksudnya bila pemimpin2 korup nilai RM 1 billion hanya dinikmati seorang individu bersama keluarganya tetapi jika amanah ia dapat dinikmati hampir 1/2 juta manusia.

Kedua kebebasan media, membebaskan badan kehakiman, polis, SPRM dari kuasa eksekutif sesebuah kerajaan. Itu antara matlamat utama rakyat mahukan. Saya sgt tidak faham bagaimana PAS ingin berkempen dlm PRU akn dtg ketika kerjasama mereka nanti dgn pemimpin2 yg bermasalah ( rasuah ) ? Mustahil manusia2 yg bijak di Malaysia mahukan pemimpin yg korup ( kaki rasuah ) memimpin negara ini?

Panjang mukadimah kali ni. Baiklah isu utamanya adakah Anwar gila kuasa atau Tun gila kuasa?
20 tahun dicampurkan 6 tahun menjadi Timbalan Perdana Menteri, adalah satu jangka yg lama. Saya dari bujang, berkahwin sehingga ada 6 anak Anwar masih belum menjadi PM.

Jika ditanya siapakah bakal Perdana Menteri yg paling menderita, dia lah manusia yg bernama Anwar. Bermula dari zaman remaja lagi dia sudah mula memperjuangkan nasib rakyat di Baling hingga dipenjarakan selama 20 bulan.

Kemudian beliau dipenjarakan lagi. Keluar dari penjara dia lawan lagi dan sekaligus membuktikan perjuangannya bukan utk diri sendiri. Dia boleh mengambil pendekatan keluar bebas dari penjara duduk berseronok dgn keluarganya. Tapi kerana keberanian beliau membongkar kisah 1MDB, sekali lagi beliau dipenjarakan.

Sebab itu apabila Azmin dan Zuraida 'derhaka' kpd Presiden Parti... ahli2 atau penyokong PKR sangat marah. Zuraida terutamanya... siapa dia tahun 1999? Siapa dia hingga boleh jadi Menteri tanpa perjuangan Anwar sanggup ke penjara?

Bila Anwar kata tidak mahu menganggu Tun dlm menguruskan negara dlm tempoh 2 tahun ini, ramai pula yg menyindirnya... dulu janji bermacam macam jika memenangi PRU. Persoalannya siapa yg jadi PM sekarang?

Jujur hasil perbualan saya berborak dgn profesional di kalangan Prof dan Dr di sini.... rata2 mereka mengatakan zaman Tun sudah berlalu. Style Tun yg masih menggunakan kuasa eksekutif utk tujuan politk seperti kes Azmin sudah rakyat dapat menghidu niatnya. Jadi tidak hairan Syed Husin Ali sanggup menulis secara terbuka utk Tun berundur lebih awal.

Tindak tanduk Tun yg licik berpolitik telah dpt dihidu. Tun dlm sejarah kata2 nya sukar dipercayai.

Malah kata seorang wartawan veteran, apa yg Tun kata adalah sebaliknya. Pendek kata Tun masih menyalahgunakan kuasa untuk mengekalkan kuasa atas kepentingan peribadi.

Sekarang Tun... apa lagi yg Tun mahukan? Takut tersilap pilih PM, Pak Lah pun dia kata silap dan Najib pun dia kata silap. Yang tak silap Muhkris dan Peja jadi MB😂. Dua MB paling gagal dlm Pakatan Harapan.

Bila Tun mengatakan tiada jaminan Malaysia boleh diuruskan dgn baik selepas beliau memperlihatkan sikap bongkak beliau. Seolah olah tanpa Tun hancurlah Malaysia.

Apa yg Tun mahukan lagi di usia selewat begini? Dendam Tun kpd Najib sudah tertunai. Najib bukan lagi PM malah sedang dibicarakan. Malah satu keluarga Najib kini didakwa seperti Najib perlakukan kpd Tun, isteri dan Mukhriz...0-0.

Janji pemimpin2 PH untuk jadikan Tun sebagai PM, sudah ditunaikan. Janji Anwar tidak mahu mencampuri urusan Tun ketika menjadi PM sudah ditunaikan. Niat Tun utk melihat Mukriz menjadi MB semula sudah ditunaikan.

Jadi apa yg Tun mahukan lagi? Pemimpin2 PH dan penyokong mahupun pengundi marahkan Tun sebab Tun tidak mahu umumkan dalam tempoh 2 tahun melepaskan jawatan tersebut kepada Anwar Ibrahim. Siapa pengampu Tun seperti Zuraida, Azmin, Khairuddin dan Syed Saddiq itu?

Anwar Ibrahim adalah insan yg menyedarkan rakyat Malaysia betapa korupnya pemimpin2 ketika itu. Anwar adalah insan yg sanggup dipukul, ditelanjang dan dipenjara demi memperjuangkan nasib rakyat.

Jika tidak... tidaklah Tun dan Muhyiddin Yasin sanggup mengunjungi Anwar Ibrahim di mahkamah utk mendapatkan restu. Tun dan Muhyiddin Yasin tahu hanya kerjasama dgn Anwar Ibrahim sahaja yg telah membina kekuatan selama 20 tahun, BN mampu dikalahkan ( Izin Allah ).

Pada mulanya anak2 Anwar Ibrahim sgt membantah keputusan Anwar menerima kembali Tun. Anak2 Anwar merasai bagaimana 8 tahun mereka kehilangan kasih sayang seorang ayah.

Hanya sekali sekala dapat mendakap pelukan ayah mereka di mahkamah, di hospital dan di tanah perkuburan. Bagaimana Nurul Izzah menghabiskan usia mudanya memperjuangkan nasib ayah dan rakyat ....Mak Lampir entah di mana ketika itu.

Tun jgn mudah terpengaruh dgn pengampu2 Tun. Jika Tun tidak mengundurkan diri menjelang Mei 2020, imej Tun akan tercalar....daripada dianggap seorang tua yg ingin bertaubat dan memperbaiki kesilapannya kpd seorang tua yang dianggap gila kuasa.

Rakyat kini sedang menyaksikan keihklasan Tun utk menumbangkan kerajaan korupsi keloptrasi BN.

Apakah agenda Tun hanya mahu Najib tumbangkan Najib sahaja (kepentingan peribadinya)?

Begitu juga ahli2 Bersatu adakah mereka memahami arah tujuan Pakatan Harapan dahulu. Mengapa tiba2 ahli Bersatu pertahankan Tun utk terus menjadi PM sehingga PRU 15? Adakah bekas ahli2 UMNO ini menyertai Bersatu ingin menjatuhkan BN yg korup atau hanya utk membantu Tun menjatuhkan Najib?

DS Anwar sebagai Presiden PH sebenarnya bila2 masa boleh mengarahkan Tun Mahathir meletakkan jawatannya. Tapi beliau menghormati perjanjian sehingga 2 tahun. Jadi Tun tak perlu tunjuk power seperti dahulu atau penyokong2 Tun tak perlu menghasut Tun utk terus berkuasa.

Ini kerana majoriti rakyat Malaysia mahukan Malaysia Baru yg mereka impi impikan. Bukan pemimpin 'Mahathir style' yg masih meniru gaya PM4. Lebih memeritkan ekonomi semakin merudum di bawah pemerintahan Tun.

Rakyat sudah bosan dgn corak pemerintahan Tun... Tun ada pilihan dgn menyerahkan kuasa secara baik atau melakukan semula peristiwa 1998 ( perpecahan PH ) utk pembangkang mengambil alih kerajaan. Apabila BN memerintah semula, Najib akan meminta pengampunan daripada Agong dan tiba masanya Najib pula membalas dendam kepada Tun sekeluarga...? Terserah pada Tun.
 
 

No comments: