Sunday, October 27, 2019

DAP musuh negara, pertahan agenda komunis

fazleen safina

 

Parti tamak haloba tiada taat setia kepada Yang Di-Pertuan Agong

BANGI- Parti paling dominan dalam kerajaan Malaysia, DAP tiada ‘collective responsibility’ apabila mempertikai tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengharamkan komik propaganda komunis, kata Ustaz Hazizi Abdul Rahman.

Naib Presiden Parti Barisan Jemaah Islamiah (Berjasa) itu membangkitkan isu berkenaan kerana parti tamak haloba secara lantang menentang keputusan kerajaan yang turut dianggotai oleh parti itu sendiri.

“DAP jelas mempertahankan agenda penyebaran fahaman komunis yang menentang konsep kedaulatan raja-raja.

“Malah, mereka juga menyokong usaha untuk mengagungkan pengganas komunis yang telah memerangi kerajaan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong.

“Ketiga-tiga ini bukti bahawa DAP sememangnya tiada taat setia kepada kepada ketua negara iaitu Yang Di-Pertuan Agong. Oleh itu, DAP adalah musuh negara,” katanya kepada Ismaweb.

Terdahulu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow mempertikai tindakan pihak berkuasa mengharamkan komik berkenaan, yang didakwanya terlalu cepat berikutan dibuat dalam tempoh 24 jam selepas tular.

“Dalam tempoh satu hari, ia telah diharamkan. Mungkin ada niat tertentu dalam tindakan tersebut. Sepatutnya KDN teliti dahulu dengan mendapatkan bantuan pakar sejarah.

“Bukannya haramkan dulu, baru kaji. Secara peribadi, saya harap KDN teliti semula kandungan komik selain memahami niat sebenar penerbit yang mengeluarkan bahan bacaan tersebut,” dakwanya.

KDN mewartakan Perintah Larangan terhadap tiga versi penerbitan komik ‘Inisiatif Jalur dan Jalan Merah Manfaat Bersama’.

KDN berkata, perintah larangan itu diwartakan mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta 301), kerana ia antara lain cuba mempromosikan ideologi komunisme dan sosialisme menyebarkan fakta yang salah serta mengelirukan mengenai komunis.


No comments: