Thursday, October 3, 2019

PM patut fikir rakyat, bukan ‘simpan’ Waytha Moorthy

ainulillia

 

Lebih 300 ribu tandatangan petisyen desak Waytha dilucut jawatan

BANGI – Pendirian Tun Dr Mahathir Mohamad yang masih mahu ‘menyimpan’ Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial), Senator P Waytha Moorthy adalah satu langkah yang sangat terkebelakang.

Kecewa dengan keputusan itu, Presiden gerakan Islam utama, Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Haji Aminuddin Yahaya menegaskan, sangat tidak wajar seseorang yang terbabit membakar emosi perkauman sehingga meragut nyawa anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim dikekalkan sebagai menteri, lebih malang lagi, sebagai Menteri Perpaduan. 

Waytha Moorthy, kata Haji Aminuddin, bukan sahaja gagal dalam menangani kes rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman Subang Jaya, tahun lalu, malah beliau turut pernah mengetuai rusuhan besar-besaran pada tahun 2007. 

“Ketika itu, beliau adalah Pengerusi Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) yang juga penganjur rusuhan. Beliau juga telah menjaja fitnah terhadap negara kepada negara-negara luar dengan fitnah perkauman. 

“Ini membuktikan kepada kita bahawa kesetiaannya terhadap negara adalah sangat dipertikaikan. Malah, lebih 300 ribu rakyat tandatangani petisyen dalam talian mendesak agar Waytha Moothy dilucutkan jawatan.

Ini gelombang rakyat mahu beliau dipecat. Saya sangat kecewa dengan pendirian Tun ini dan berharap agar beliau mempertimbangkan keputusannya ini,” katanya dalam satu kenyataan. 

Dr Mahathir Mohamad hari ini dilaporkan berkata, tiada keperluan untuk menilai semula kedudukan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Waytha Moorthy dan kedudukannya sebagai menteri dalam barisan Kabinet kekal.

“Saya tak nampak ada masalah, jadi saya masih boleh simpan dia sebagai menteri,” katanya.


No comments: