Thursday, October 3, 2019

Mengolah Persetujuan Untuk Perkenalkan Semula GST




1) Mula-mula MIER cadang supaya GST diperkenalkan semula dalam Belanjawan 2020.

2) Kemudian, PM kata kerajaan sedia kaji balik GST jika itu kehendak rakyat.

3) Kemudian, MP PKR dari Kangar Perlis pula nyatakan sistem GST lebih baik.

4) Sekarang, Dr Xavier Menteri Air Tanah dan Sumber Asli pula kata setuju GST dihidupkan semula demi rakyat.

5) Ini adalah drama mengolah persetujuan, menggunakan nama rakyat untuk cover malu. Masih ramai ahli dan penyokong PH yang tidak setuju dengan GST untuk diperkenalkan semula.

6) Jadi, seminggu dua ini akan ada menteri-menteri dan pimpinan PH akan buat kenyataan pusing-pusing untuk bersetuju dengan GST.

7) Mahacai bawahan seperti Otai Reformis tak nampak keperluan GST untuk menampung perbelanjaan kerajaan. Pemimpin yang memegang portfolio menteri sudah nampak keperluannya, bukan kerana GST itu bagus untuk rakyat, tetapi bagus untuk kelancaran urustadbir kerajaan.

8 ) Sebab itu MIER digunakan untuk membuat lontaran. Kemudian disambut oleh PM dengan berlapik konon kehendak rakyat. Seterusnya MP Kangar dan Dr Xavier.

9) Kita boleh jangka selepas ini beberapa pemimpin PH lagi akan suarakan pendapat. Beberapa NGO mesra PH juga akan bentangkan hasil kajian. INVOKE akan diam. Sure. Jika kerajaan tidak terdesak, INVOKE akan bersuara. Sekarang kerajaan terdesak. INVOKE akan tawaquf membiarkan kerajaan menjustifikasi keperluan GST.

10) Kemudian, kemuncak kepada pengolahan persetujuan, Menteri Keewangan sendiri akan akur dengan 'kehendak rakyat'. Bakal PM8 mungkin akan muncul sebagai hero membuat pengumuman bahawa GST zaman PH lebih baik daripada GST zaman BN.

11) Wayang terakhir sebelum GST lulus untuk dibentang dalam belanjawan - Otai Reformis buat sidang media untuk akur dengan keputusan kerajaan. Akhir sekali, GST kembali beroperasi.

12) Kenapa persetujuan sedang diolah sebegitu rupa dan penuh dramatik? Sebab untuk mengurangkan impak malu besar. Lihat betapa hebatnya aturan Yang Maha Berkuasa, mereka yang memburukkan GST secara keterlaluan, kini mereka bakal menyucikan GST pula.

Sekian


No comments: