MALAYSIAKINI
Anggota
Majlis Tertinggi Umno Datuk Lokman Noor Adam didakwa di Mahkamah
Majistret di Shah Alam hari ini, atas pertuduhan mengapi-apikan orang
awam untuk melakukan kesalahan terhadap orang awam lain.
Lokman Noor, 46, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan berkenaan yang dibacakan di hadapan Majistret Erry Shahriman Nor Aripin.
Mengikut
pertuduhan, Lokman Noor didakwa membuat kenyataan dengan niat
mengapi-apikan orang awam untuk melakukan kesalahan terhadap orang awam
lain menerusi laman sosial Youtube atas nama profil 'Lokman Adam' pada
12.01 tengah malam hingga 11.59 malam, 12 Ogos lepas.
Hantaran
di laman Youtube itu dilihat kira-kira pukul 5 petang pada 13 Ogos
lepas di bangunan Menara 1, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di Shah
Alam.
Lokman
Adam didakwa melakukan kesalahan itu di bawah Seksyen 505(c) Kanun
Keseksaan dan jika sabit kesalahan, dia boleh dihukum penjara sehingga
dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Timbalan
Pendakwa Raya, Mohd Sophian Zakaria mencadangkan kepada mahkamah supaya
Lokman Noor dikenakan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin kerana
pertuduhan itu adalah serius serta mengandungi unsur yang boleh membakar
sentimen perkauman di negara ini.
"Oleh
itu, mahkamah perlu melihat pertuduhan ini dengan serius bagi memberi
mesej kepada orang awam demi menjaga kepentingan awam," katanya.
Peguam
Lokman Noor, N Logendran pula memohon mahkamah mengurangkan jumlah
jaminan berkenaan memandangkan anak guamnya tidak lagi bekerja ekoran
dipecat daripada menjadi Pengarah Komunikasi Kementerian Kewangan
selepas pertukaran tampuk pentadbiran kerajaan.
"Anak
guam saya tidak bekerja sejak 13 bulan lepas dan perlu menanggung 11
anak yang masih belajar serta bersekolah. Malah, anak guam saya juga
menghidap penyakit diabetes kronik serta baru dua minggu keluar dari
hospital," katanya.
Majistret
Erry Shahriman membenarkan Lokman Noor diikat jamin sebanyak RM5,000
dengan seorang penjamin dan menetapkan 19 Nov ini untuk sebutan semula
kes.- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan