Biar akal mendahului mulut, bukan mulut mendahului akal
BANGI – Bila kamu menang dan kuat, kamu jadi bongkak. Sedarlah kamu MCA
sebelum terlambat dan sebelum Melayu menolak kamu sepenuhnya, demikian
sindiran pedas penceramah bebas, Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah.
Beliau berkata demikian mengulas sikap
tidak adil parti perkauman, MCA dalam mengutamakan bangsa Cina, walaupun
selama ini parti itu menang pilihan raya atas ihsan orang Melayu.
Katanya, MCA perlu ingat supaya tidak
terlebih Cina apabila berada dalam Barisan Nasional (BN) kerana
keberadaan parti itu hanya mewarnakan gabungan berkenaan.
“Realitinya macam tiada. Sebab itu,
setiap kali mahu berkata, jaga mulut. Biar akal mendahului mulut, bukan
mulut mendahului akal. Kerusi yang kamu menangi itu, semua kawasan
majoriti Melayu.
“Kamu bergantung kepada undi ihsan Melayu
untuk menang. Kamu tidak akan menang di kawasan mana-mana majoriti Cina
dalam mana-mana PRU pada masa akan datang.
“Kaum India, langsung tidak ada majoriti
di mana-mana kawasan sama ada DUN atau Parlimen. Bila diberi laluan,
bersyukurlah, jangan terlebih ultra kiasu. Hargai toleransi Melayu,”
katanya menulis di kolumnis Ismaweb, hari ini.
Mengulas lanjut, Ridhuan Tee hairan
apabila tiba soal pendidikan Cina, MCA akan menjadi lebih Cina daripada
Cina, malah, lebih ultra kiasu itu sendiri.
“Sepatutnya setelah kamu menang kawasan
majoriti Melayu, kamu perjuangkan sama hak-hak Melayu bersama. Bukan
banyak pun yang dipinta, pertahankan sedikit hak pribumi cukuplah.
“Contoh, isu doa cara Islam dalam
perhimpunan sekolah yang menjadi hak orang Islam, yang digantikan dengan
doa Kristian. Kamu diam sahaja ya MCA, bersekongkol dengan ultra
kiasu,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan