Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin
Parti tamak haloba dan konco-konconya perlu dikalahkan pada PRU15
BANGI– Negara akan lebih aman dan sejahtera tanpa adanya parti tamak haloba,
DAP dan konco-konconya dalam politik Malaysia, tegas bekas Pengerusi
Majlis Ulama Isma (Muis), Dr Aznan Hassan.
Beliau
berkata demikian susulan berlakunya pelbagai peristiwa angkara parti
yang kini menjadi dominan dalam kerajaan Malaysia, sehingga boleh
mengganggu gugat kesejahteraan negara.
Antaranya
adalah penahanan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP yang
dipercayai terbabit dengan kumpulan pengganas, Pembebasan Harimau Tamil
Eelam (LTTE).
Mereka ditahan kerana disyaki mempromosi, menyokong, menghasut, menggalak, mencari dana dan memiliki item berkaitan LTTE.
Selain itu,
timbul isu komik Inisiatif Jalur dan Jalan (BRI) yang menyebarkan
propaganda DAP dan komunis yang diedarkan ke sekolah-sekolah.
Komik itu
diterbitkan hasil kerjasama Kurator Muzium Kebudayaan dan Komik Asia
yang berpangkalan di Pulau Pinang, Hew Kuan Yau – bekas aktivis DAP
dengan artis tempatan Chong Po Ling.
Kandungan komik berkenaan difahamkan banyak mempromosikan parti cauvinis, DAP serta pemimpin-pemimpin mereka.
Tambah parah
apabila 43 pemimpin DAP bertindak mengherdik serta membantah tindakan
Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik yang menghalang komik rasis itu
diedarkan ke sekolah-sekolah.
Dengan
pelbagai masalah yang wujud, Dr Aznan menegaskan bahawa dengan tiadanya
parti rasis dan cauvinis berkenaan, yang kononnya memperjuangkan Islam
di Malaysia, maka negara ini akan jauh lebih aman.
“Saya hairan
bagaimana masih ada Melayu Islam yang masih nak bela DAP dan pada masa
sama masih fikir mereka sayangkan Islam dan negara.
“Kita mesti berusaha untuk pastikan DAP dan konco-konconya kalah dalam pilihan raya akan datang. Tiada pilihan lain,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan