Seorang pengarah filem dikhuatiri lemas selepas bot fiber yang dinaiki bersama rakan untuk memancing terbalik di Sungai Jelai, Kuala Lipis, hari ini.
Ketua Polis Daerah Lipis, Supt Azli Mohd Noor, berkata, operasi mencari dan menyelamat mangsa, Firdaus Hanif, 43, masih diteruskan selepas polis menerima maklumat kira-kira jam 1 tengah hari tadi.
Katanya, operasi dijalankan dalam radius tiga kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang iaitu berhampiran Jambatan Gemunchur di Mela.
Sementara
itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri
Pahang, Nor Hisham Mohammad berkata pihaknya telah menggerakan lima
anggota dengan sebuah bot bagi operasi itu.
Difahamkan Firdaus, yang juga dikenali sebagai Pitt Hanif, adalah anak kepada pelakon Fauziah Nawi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan