Allahyarham Pitt Hanif dilapor hilang selepas bot fiber terbalik
KUANTAN
– Mayat pengarah filem yang dikhuatiri lemas selepas bot fiber
dinaikinya ketika memancing terbalik di Sungai Jelai, Kuala Lipis
semalam, ditemui terapung 500 meter dari lokasi kejadian pada 4.25
petang tadi.
Ketua Polis Daerah Lipis Supt Azli Mohd
Noor berkata, mayat Firdaus Hanif, 43, telah dibawa ke Hospital Kuala
Lipis untuk bedah siasat.
“Operasi mencari dan menyelamat mangsa
yang masuk hari kedua pada hari ini telah dihentikan pada pukul 5 petang
tadi,” katanya ketika dihubungi.
Semalam, mangsa dilaporkan hilang
berhampiran Jambatan Gemunchur di Melaka selepas bot fiber dinaikinya
bersama rakannya terbalik dan rakannya ditemui selamat.
Firdaus, yang juga dikenali sebagai Pitt Hanif adalah anak kepada pelakon Fauziah Nawi. -Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan