Ahad, 27 Oktober 2019

DAP hilang waras pertahan pemimpin terbabit LTTE

ainulillia

 

Parti tamak haloba tak mengaku salah walaupun ada bukti

BANGI – Pihak berkuasa terutama polis diingatkan tidak goyah dengan tekanan pemimpin-pemimpin parti paling dominan di Putrajaya berhubung siasatan kes kumpulan pengganas, Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE). 

Ketua Biro Islamiyat gerakan Islam, Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Ustaz Omar Kassim berkata, tindakan tegas mesti diambil terhadap mereka yang terbabit tanpa ada sebarang campur tangan politik. 

“Jika tidak kita khuatiri rakyat akan mengambil tindakan sendiri di luar batas undang-undang,” katanya kepada Ismaweb. 

Semalam, sempena perayaan Deepavali, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, P Ramasamy menggesa agar 12 individu yang ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) sama ada dibebaskan atau didakwa.

Bukan itu sahaja, Ahli Parlimen DAP, Charles Santiago juga mendesak kerajaan membebaskan tahanan sebelum Deepavali, selain mempersoal tindakan menahan di bawah undang-undang Sosma yang dianggap kuno, sedangkan PH berjanji untuk mansuhkan sebaik sahaja berkuasa. 

Manakala, Ahli Parlimen Batu Kawan Kasthuri Patto pula merayu kerajaan supaya mendakwa tahanan di mahkamah atau melepaskan mereka dengan menyatakan mengunakan SOSMA adalah pendekatan yang menindas. 

Mengulas desakan daripada pemimpin parti rasis berkenaan, Ustaz Omar menyifatkan DAP sebagai sudah hilang waras apabila sibuk mempertikai tugas pihak berkuasa. 

“Nampak seolah-olah tindakan DAP lebih tinggi dari undang-undang dan kuasa polis.

“Parti rasis cauvinis ini tidak akan mengakui kesalahan mereka, walaupun bukti yang ada sudah jelas seterang matahari sekali pun,” katanya.


Tiada ulasan: