Usah terpedaya sandiwara ultra kiasu lidah bercabang: Ridhuan Tee
BANGI
– Pendakwah bebas, Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah menempelak sikap ultra
kiasu apabila mendesak kerajaan membebaskan tahanan Akta Kesalahan
Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) berbangsa India sempena
Deepavali.
Beliau hairan apabila ultra kiasu hanya
diam seribu bahasa apabila orang Islam dikenakan tindakan SOSMA, tetapi
mereka akan bersuara jika tindakan sama dikenakan ke atas kaum mereka.
“Sedarkah ultra kiasu ini bahawa orang
Islam yang ditahan di bawah akta yang sama, sudah berapa lama tidak
dapat bersama ahli keluarga ketika hari raya. Kenapa tidak perjuangkan
sama?
“Kata parti untuk semua kaum dan
perjuangkan kepentingan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum. Kenapa rasis
sangat ni? Sama juga bila Melayu berhimpun, rasis. Tapi bila mereka
berhimpun, itu hak,” katanya.
Terdahulu, Timbalan Ketua Menteri Pulau
Pinang II, P Ramasamy menggesa 12 individu yang ditahan di bawah Sosma
sama ada dibebaskan atau didakwa.
“Dengan semangat Deepavali, saya dan
keluarga menyampaikan simpati kepada mereka yang ditangkap dan ditahan
di bawah undang-undang yang tidak adil di negara ini,” dakwanya.
Bukan itu sahaja, Ahli Parlimen DAP,
Charles Santiago juga mendesak kerajaan membebaskan tahanan, selain
mempersoal tindakan menahan di bawah undang-undang Sosma yang dianggap
kuno, sedangkan PH berjanji untuk memansuhkan sebaik sahaja berkuasa.
Beliau mendakwa, penahanan itu adalah membazir masa, kononnnya LTTE tiada cawangan di Malaysia.
Manakala, Ahli Parlimen Batu Kawan
Kasthuri Patto pula merayu kerajaan supaya mendakwa tahanan di mahkamah
atau melepaskan mereka dengan menyatakan mengunakan SOSMA adalah
pendekatan yang menindas.
Perkara sama turut disuarakan oleh ahli
Parlimen Klang, Charles Santiago yang mempersoalkan tindakan polis
menahan dua ahli Dewan Undangan Rakyat (Adun) DAP, kerana disyaki
mempunyai hubungan dengan LTTE sedangkan katanya, ia sudah terkubur dan
tiada cubaan mengaktifkan kumpulan pemisah di Sri Lanka itu.
Sementara itu, Anggota Parlimen Batu
Gajah, D V Sivakumar berkata, sambutan Deepavali tahun ini suram bagi
masyarakat India, terutama bagi keluarga tahanan Sosma. Beliau juga
meminta kerajaan segera melepaskan semua tahanan terbabit.
Menyifatkan desakan pemimpin parti
cauvinis sebagai tidak adil, Ridhuan Tee mengingatkan rakyat Malaysia
supaya tidak terpedaya dengan sandiwara ultra kiasu dianggapnya seperti
lidah bercabang.
“Jika mereka yang menyokong ‘pengganas’
seperti ISS, ISIS, DAESH dan lain-lain itu salah dan masuk ke dalam,
apakah penyokong tegar LTTE tidak salah?
“Apakah kita mahu pejam mata dengan keganasan LTTE ke atas umat Islam di Sri Lanka?” soalnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan