MELAKA — DAP Melaka menolak tuduhan pembangkang yang mendakwa
Adly Zahari sebagai Ketua Menteri Melaka yang lemah dan tidak dapat
mengawal ahli exco kerajaan negeri.
Setiausaha DAP Melaka Damian Yeo Shen Li menegaskan bahawa DAP bukanlah ‘gila kuasa’, sekaligus menepis tuduhan ketua pembangkang negeri Datuk Seri Idris Haron yang mendakwa kedudukan Adly kini adalah atas ihsan DAP.
“Ia berkenaan memberikan yang terbaik daripada kita semua untuk Melaka, DAP bukan gila kuasa. Kami hanya membantu dengan apa yang termampu sahaja, sebagai anggota dalam Pakatan Harapan,” katanya kepada Bernama menerusi aplikasi Whatsapp di sini semalam.
Yeo berkata walaupun DAP mempunyai lapan ADUN, Melaka secara keseluruhannya mempunyai lebih daripada 300 anggota Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), tetapi hanya 10 peratus daripada mereka adalah ahli DAP.
Katanya melihat kepada syarikat berkaitan kerajaan (GLC), anggota DAP hanya menerajui syarikat-syarikat yang dibebani hutang seperti Perbadanan Stadium Melaka, Perbadanan Bioteknologi Melaka dan Putra Hospital.
“ dan kami berjaya memulihkan syarikat-syarikat ini. Kami percaya dengan kerjasama semua anggota PH, kita boleh pulihkan banyak lagi syarikat, termasuk Persatuan Bola Sepak Melaka,” katanya. — Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan