Kepentingan politik didahulukan, kerajaan tak bijak selesai isu
BANGI
– Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah bimbang dengan
sikap pimpinan Pakatan Harapan (PH) dalam menangani isu kebebasan
bersuara di kalangan mahasiswa.
Beliau
berkata demikian merujuk isu graduan kejuruteraan Universiti Malaya
(UM), Wong Yan Ke yang melakukan protes sejurus menerima skrol ijazah
sarjana muda di atas pentas, sambil melaungkan perkataan ‘Tolak Rasis’;
‘Undur VC’; dan ‘Ini Tanah Malaysia’ baru-baru ini.
Difahamkan
dia berbuat demikian bagi membantah ucapan Naib Canselor UM, Dr Abdul
Rahim Hashim ketika Kongres Maruah Melayu 6 Oktober lalu.
Kebanyakan
pemimpin PH terutama parti tamak haloba DAP dilihat seperti menyokong
perbuatan itu malah mempertahankan tindakan tidak sopan graduan
kejuruteraan berkenaan.
Ia termasuk pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang yang menggesa Datuk Abdul Rahim menarik semula laporan polis yang dibuat terhadap Yan Ke susulan protes berkenaan.
Shamsul Anuar yang kesal dengan situasi itu menyifatkan bahawa kerajaan PH tidak bijak dalam menyelesaikan isu berkenaan.
“Kebebasan
bersuara, dan berdemonstrasi memang dibenarkan oleh undang-undang
negara. Rakyat diberikan hak untuk melakukannya. Ianya sesuai dengan
amalan demokrasi dalam negara ini.
“Bagaimanapun,
sebagai rakyat ia bukan bermakna kita boleh melakukan apa saja apatah
lagi melanggar undang-undang yang ada. Undang undang mesti dihormati
serta dipatuhi,” katanya dalam satu kenyataan.
Lebih membimbangkan, kata Ahli Parlimen Lenggong itu, adalah sikap pimpinan kerajaan PH itu sendiri.
“Saya ingin
bertanya kepada Menteri dan Timbalan Menteri Pendidikan. Apakah
sebenarnya nilai yang kerajaan PH ingin tanam di kalangan pelajar dan
mahasiswa di negara ini?
“Apakah sikap biadap, tidak menghormati majlis, tidak sopan, adalah nilai yang ingin dibina pada pelajar dan mahasiswa?
“Nampaknya,
kepentingan politik didahulukan apabila berhadapan dengan isu ini. Kalau
ini berterusan institusi pendidikan negara akan terus dihina,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan