Beliau sebelum itu dilihat terhenti seketika ketika berucap, kelihatan terhoyong-hayang dan rebah, namun sempat disambut oleh Ahli Parlimen Subang Jaya Wong Chen.
Beberapa ahli parlimen lain termasuk Syed Ibrahim Syed Noh (PH-Ledang) yang berada di bahagian belakang Mansor turut meluru bagi membantunya.
Iklan
Beliau turut meminta pasukan perubatan yang berada di luar dewan supaya masuk untuk membantu memberikan rawatan awal.
Nga kemudian menangguhkan persidangan Dewan Rakyat selama lima minit.
Selepas bantuan awal, Mansor kemudian dilaporkan sedar semula dan dibawa keluar dewan dengan kerusi roda. Dia juga kelihatan mampu tersenyum.
“Doktor katakan dia dah pulih mungkin cuma tekanan darah turun sikit masa tu dan sudah pulih. Alhamdullilah.
“Dan ikut prosedur dia akan terus ke hospital untuk rawatan sepenuhnya,” katanya ketika ditemui pemberita.
Mansor yang menerima rawatan di klinik tersebut lebih kurang 30 minit kemudian dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur dengan menaiki ambulans bagi mendapat rawatan selanjutnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan