G Saminathan dan P Gunasekaran yang merupakan wakil rakyat di Melaka serta Negeri Sembilan bersama dua lagi ahli DAP, antara 12 individu yang ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 atau Sosma atas dakwaan cuba menghidupkan semula LTTE di Malaysia.
“Kami akan mencabar penahanan mereka di bawah Sosma dan hak mereka untuk diikat jamin kerana akta itu tidak membenarkan ikat jamin,” kata Ramkarpal di luar Bukit Aman hari ini selepas melawat tahanan terbabit.
Ramkarpal yang juga ahli Parlimen Bukit Gelugor, berkata ada banyak spekulasi berhubung dakwaan pembabitan mereka dalam LTTE.
LTTE yang diketuai V Prabhakaran melancarkan pemberontakan untuk menubuhkan wilayah autonomi Tamil Eelam di utara Sri Lanka, apabila golongan majoriti Sinhala menindas masyarakat minoriti Tamil.
Kempen keganasan LTTE mendapat sokongan moral dan pembiayaan pelbagai pihak, termasuk diaspora Tamil yang bersimpati dengan nasib masyarakat Tamil di negara itu.
LTTE yang dilaporkan tidak aktif lagi selepas Prabhakaran terbunuh dalam operasi ketenteraan kerajaan Sri Lanka, pernah disenarai hitam sebagai kumpulan pengganas dan diharamkan lebih 30 negara, termasuk Malaysia.
No comments:
Post a Comment