Saturday, October 5, 2019

Bekas menteri Salleh Keruak mohon sertai PKR





PETALING JAYA: Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil mengesahkan parti itu menerima permohonan keahlian bekas menteri komunikasi dan multimedia, Salleh Said Keruak secara atas talian.

Beliau dalam kenyataan malam ini berkata, Biro Politik PKR akan membincang dan memberi pertimbangan dalam mesyuarat akan datang.

Sementara itu, Naib Presiden PKR Sabah, Kenny Chua berkata permohonan Salleh perlu melalui PKR Bahagian Kota Belud terlebih dahulu.

“Kita biarkan Mustapha Sakmud yang juga ketua bahagian meneliti permohonan itu dan membuat pengumuman jika perlu,” kata Chua ketika dihubungi FMT.

Mustapha juga timbalan ketua PKR Sabah.

No comments: