Polis temukan dadah jenis syabu, ketamin di atas meja makan
GEORGE TOWN – Polis
menahan 12 lelaki dan lima perempuan termasuk empat remaja bawah umur
sedang leka berpesta dadah di dalam dua buah bilik di sebuah hotel di
Bukit Jambul, Jalan Bukit Gambir di sini, awal hari ini.
Ketua
Polis Daerah Timur Laut, ACP Che Zaimani Che Awang berkata, pihaknya
menjalankan Op Parti Liar selepas menerima maklumat berhubung kegiatan
dadah sebelum menyerbu sebuah bilik di hotel itu kira-kira pukul 2.30
pagi.
“Dalam
serbuan pertama, polis menahan enam lelaki dan empat perempuan yang
berada di dalam bilik itu dan kami menjumpai lapan paket syabu seberat
15.06 gram (g) dan satu paket ketamin (6.86 g) yang kedua-duanya
bernilai RM3,288 ” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Beliau
berkata, semua dadah itu ditemui di atas meja makan dan polis turut
merampas alatan untuk menghisap syabu di dalam bilik tersebut.
Menurutnya,
polis menyerbu bilik kedua yang terletak di tingkat sama selepas
menahan seorang lelaki di kawasan kolam renang hotel itu kira-kira pukul
3.45 pagi sebelum mendapati ada lima lelaki dan seorang perempuan di
bilik tersebut.
Che
Zaimani berkata, polis merampas satu paket ketamin seberat 0.69g dan
sebiji pil ekstasi bernilai RM130 di atas rak televisyen di dalam bilik
hotel tersebut.
“Semua
mereka yang ditahan itu berusia 16 hingga 31 tahun dan siasatan
mendapati empat remaja bawah umur berkenaan sudah tidak bersekolah.
Masing-masing yang ditahan itu bekerja kilang, penarik kereta,
kontraktor, kargo, kedai pakaian, jurujual dan bekerja sendiri,”
katanya.
Beliau
berkata, ujian air kencing mendapati 11 lelaki serta tiga perempuan
positif pelbagai jenis dadah dan siasatan lanjut masih dijalankan
menurut Seksyen 39A(1), Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah
Berbahaya 1952.
Difahamkan
semua mereka dikenakan sejumlah bayaran untuk menyertai parti dadah
anjuran seorang daripada suspek yang ditahan itu dan mereka mendapat
maklumat berhubung penganjuran tersebut menerusi mesej di aplikasi media
sosial daripada rakan masing-masing. – Bernama
No comments:
Post a Comment