Wednesday, September 4, 2019

Anak AR Badul meninggal dunia terkena tembakan

Wartawan MalaysiaGazette
anak-ar-badul
Mejar Zahir Armaya
 
KUALA LUMPUR – Seorang pegawai komando dari 11 Gerup Gerak Khas (11 GGK) meninggal dunia hari ini selepas dilaporkan terkena tembakan senjata jenis M4 semasa demonstrasi gimik di Kem Lok Kawi, Sabah.

Insiden itu telah menjadi tular di media sosial sebentar tadi.

Menurut laporan, Allahyarham Mejar Zahir Armaya yang merupakan anak pelakon, AR Badul menghembuskan nafas terakhir di Hospital Queen Elizabeth pada pukul 9.30 pagi tadi.

Allahyarham bertugas di Kem Sungai Udang, Melaka dikatakan terkena tembakan dalam demonstrasi melibatkan pasukan khas itu sempena paluan berundur Markas 5 Briged. – MalaysiaGazette


No comments: