Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) menyatakan bahawa ia
terbuka dan tidak menghalang mana-mana pihak untuk menawarkan harga yang
lebih tinggi asalkan syarat pemilikan dipatuhi iaitu milik orang
Melayu.
"Saya berharap pandangan ini adalah pandangan kolektif DPMM sendiri dan ianya berdasarkan pernilaian yang dilakukan secara profesional.
"Sehubungan dengan itu, saya mengalu-alukan sekiranya DPMM mengusahakan agar tanah di Kampung Bharu dibeli dengan harga RM2,000 sekaki persegi. Saya yakin berdasarkan pernilaian profesional yang dilakukan, DPMM akan mampu mendapatkan sokongan kewangan yang diperlukan untuk menjayakan pembelian ini," katanya dalam satu kenyataan di Putrajaya hari ini.
"Saya yakin hasrat DPMM ini mendapat kerjasama sepenuhnya daripada pemilik dan pewaris tanah di Kampung Baru," katanya.- Bernama
No comments:
Post a Comment