ISMA WEB
Bekas Ketua Menteri Sabah mengaku tidak bersalah atas 35 tuduhan rasuah balak, 16 kes pengubahan wang haram babitkan AS$37.8 juta dan S$2.5 juta yang dilakukan antara Jun 2006 dan Mei 2008
KUALA LUMPUR
– Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman didakwa lagi di Mahkamah
Sesyen di sini, hari ini, atas 16 pertuduhan pengubahan wang haram
berjumlah lebih AS$37.8 juta dan SGD2.5 juta antara Jun 2006 dan Mei
2008.
Pertuduhan
itu menjadikan Musa kini berdepan 51 pertuduhan termasuk 35 pertuduhan
rasuah berhubung kontrak konsesi balak di Sabah.
Musa, 68,
yang memakai kot biru dan bersongkok mengaku tidak bersalah selepas
kesemua pertuduhan ke atasnya dibacakan satu persatu oleh dua jurubahasa
di hadapan Hakim Rozina Ayob.
“Saya
tuntut bicara,” katanya yang duduk dalam kandang tertuduh selepas Rozina
bertanyakan sama ada dia mengaku bersalah atau tidak atas pertuduhan
itu. Terdahulu peguam Francis Ng Aik Guan memohon supaya anak guamnya
dibenarkan duduk ekoran masalah kesihatan.
Tertuduh
yang memakai kot biru dan bersongkok menjawab “tuntut bicara” selepas
Rozina bertanyakan sama ada dia mengaku bersalah atau tidak atas
pertuduhan itu.
Mengikut
pertuduhan pertama Musa didakwa telah melibatkan diri secara tidak
langsung dalam transaksi pengubahan wang haram dengan mengarahkan
Richard Christopher Barnes, 67, untuk membuka satu akaun di Bank UBS AG
Singapura di atas nama Richard untuk menerima hasil dari aktiviti haram
di Bank UBS AG, Singapura pada 21 Jun, 2006.
Musa juga
dituduh atas pertuduhan alternatif bagi pertuduhan pertama iaitu telah
melibatkan diri dalam pengubahan wang haram dengan mengarahkan Richard
untuk membuka satu akaun di Bank UBS AG Singapura melalui akaun atas
nama Richard untuk menyembunyikan pemunyaan Musa ke atas hasil dari
aktiviti haram di tempat dan pada tarikh sama.
Bagi
pertuduhan kedua dan ketiga, Musa didakwa telah melibatkan diri secara
tidak langsung dalam pengubahan wang haram dengan menerima masing-masing
AS$16,148,547.00 dan AS$1,047,153.00 daripada Chia Tien Foh, melalui
akaun di atas nama Richard di mana kedua-dua wang itu adalah hasil dari
aktiviti haram.
Pertuduhan
keempat dan kelima, Musa dituduh atas pertuduhan sama dengan menerima
masing-masing AS$2,702,702.00 dan AS$2,180,673.00 daripada Young
Generation Corp melalui akaun di atas nama Richard di mana wang
berkenaan adalah hasil dari aktivit haram.
Pertuduhan
keenam, Musa didakwa atas pertuduhan sama dengan menerima
AS$4,044,956.82 daripada Lo Man Heng melalui akaun di atas nama Richard
di mana wang itu adalah hasil dari aktiviti haram dan bagi pertuduhan
ketujuh dan kelapan, dia didakwa atas pertuduhan serupa dengan menerima
masing-masing AS$518,681.74 dan AS$895,000.00 daripada Mazlan Zakaria
melalui akaun di atas nama Richard di mana kesemua wang itu adalah hasil
dari aktiviti haram.
Pertuduhan
kesembilan dan kesepuluh Musa didakwa pertuduhan serupa dengan menerima
masing-masing AS$7,300,000.00 dan SGD2,500,000.00 daripada Axon Group
Ltd melalui akaun di atas nama Richard di mana kesemua wang itu adalah
hasil dari aktiviti haram.
Bagi
pertuduhan ke-11 dan ke-12, Musa menghadapi pertuduhan sama dengan
menerima masing-masing AS$862,000.00 dan AS$778,443.00 daripada Well
Capital Finance Limited melalui akaun di atas nama Richard di mana
kesemua wang itu adalah hasil dari aktiviti haram.
Pertuduhan
ke-13, Musa didakwa pertuduhan sama dengan menerima AS$650,000.00
daripada Innovative Information Ltd melalui akaun di atas nama Richard
di mana kesemua wang itu adalah hasil dari aktiviti haram.
Bagi
pertuduhan ke-14, Musa didakwa pertuduhan serupa dengan menerima
AS$406,003.29 daripada Portland Trading Pte Ltd melalui akaun di atas
nama Richard di mana wang itu adalah hasil dari aktiviti haram.
Pertuduhan
ke-15, Musa didakwa atas pertuduhan sama dengan menerima AS$311,332.50
daripada Well Capital Finance Limited melalui akaun di atas nama Richard
di mana wang itu adalah hasil dari aktiviti haram.
Bagi
pertuduhan terakhir iaitu pertuduhan ke-16, Musa didakwa cuba untuk
melibatkan diri dalam pengubahan wang haram dengan mengarahkan Richard
untuk memindahkan kesemua aset dan kemasukan wang yang akan datang dari
akaun di atas nama Richard ke atas akaun miliknya di Bank UBS AG Zurich
di mana kesemua aset dan kemasukan wang tersebut adalah hasil dari
aktiviti haram.
Mengikut
pertuduhan kedua sehingga ke-16, Musa dituduh melakukan perbuatan itu di
Bank UBS AG, Central Hong Kong Special Administrative Region of the
Republic of China antara 21 Jun 2006 dan 14 Mei 2008.
Kesemua
pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan
Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang
memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda lima kali
ganda nilai hasil daripada aktiviti haram atau RM5 juta, yang mana lebih
tinggi, jika sabit kesalahan. – Bernama
No comments:
Post a Comment