KUALA LUMPUR – DAP bukan sahaja ‘bongkak’ dan ‘retorik’ tetapi
seolah-olah tidak tahu malu apabila tanpa segan silu meletakan calon
bertanding Pilihan Raya Kecil (PRK) P078 Cameron Highlands.
Dengan begitu teruja masih berminat bertanding di PRK itu tanpa langsung melaksanakan janji-janji pilihan raya terutamanya dalam manifesto sebelum ini, membuktikan bagaimana motif parti itu tidak lebih daripada semata-mata mahu memiliki kuasa.
Begitu luahan Presiden MIC merangkap Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri SA Vigneswaran yang menganggap DAP sebenarnya hanya sekadar ‘menangguk di air keruh’ kerana seandainya M.Manogaran menang, ia cuma memperalatkan kerajaan dikuasai mereka ketika ini.
“Saya sebenarnya sangat terkejut apabila ada pencalonan dari DAP. Apakah mereka ini tidak tahu malu? Apa lagi yang hendak mereka ‘kelentong’ untuk menang pilihan raya? Janji-janji yang dicanangkan dalam PRU yang lepas pun belum tertunai.
“Mereka (DAP) ini tiada integriti dalam mengambil tanggungjawab kerana kata mereka jika menang Kerajaan Pusat, semuanya boleh dan mampu diberikan. Apabila kini kuasa semuanya dalam tangan, segala macam alasan kononnya itu tidak boleh, ini tidak boleh.
“Jadi atas ‘air muka’ apa yang akan DAP letak, kemudiannya membuat pelbagai janji bulan bintang lagi untuk menang PRK Cameron Highlands ini? Apa lagi pembohongan yang boleh dilakukan oleh mereka ini untuk memenangi hati pengundi di sini kelak? Saya sendiri keliru dan terkejut dengan mereka ini,” kata beliau kepada MalaysiaGazette hari ini.
Sehubungan itu, Vigneswaran mencabar DAP dan Pakatan Harapan supaya membubarkan sahaja Parlimen dengan memberikan kembali mandat kepada rakyat.
“Biar rakyat sahaja buat keputusan. Apa ‘kelas’ sekadar PRK sahaja?
“Sebenarnya jika anda menang dalam PRK di Cameron Highlands, ia tidak lain tidak bukan kerana anda mempunyai kuasa dan akan gunakan kuasa itu ‘pastikan’ kemenangan itu berpihak kepada kamu, itulah kebenarannya,” katanya.
Jelas Vigneswaran, DAP bersikap hipokrit dengan mendabik dada mengatakan sokongan terhadap mereka semakin meningkat walaupun hakikatnya rakyat sudah mula muak dan bosan dengan setiap ‘politiking’ dilakukan oleh mereka.
“Jangan cuba kaburi mata rakyat kononnya anda telah turunkan minyak. Itu kerana asakan serta kritikan bertubi-tubi daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Jika bukan kerana beliau, jangan haraplah harga turun.
“Jangan cuba dabik dada kata janji manifesto sudah dilaksanakan. Semua tidak boleh walaupun sebelum ini semuanya boleh jika rakyat memberikan mandat dan kuasa kerajaan pusat kepada anda.
“Apabila sudah menang, boleh pula buat pusingan ‘U’ kepada rakyat kononnya tidak sangka pula akan menang besar dan ada banyak perkara yang tidak boleh dilakukan dalam tempoh ini dan memerlukan masa. Apa lagi hendak di tipu kepada rakyat?,” katanya.
Justeru, tegas Vigneswaran lagi:“Jika DAP benar-benar ada kehormatan dan bermaruah, tolong bubar Parlimen dan kita tengok balik benarkah rakyat akan kembalikan kuasa itu kepada anda-anda sekelian. Jangan hanya sekadar bercakap tentang Cameron Highlands sahaja.
“Tapi saya pasti, mesti anda semua tidak buat perkara itu kerana hakikatnya semua maklum kemenangan dan mandat tidak akan diberikan ketika ini.
“Kuasa kamu (PH) hanya sekadar mengambil semua ‘katak-katak’ untuk melompat dan menghalalkan apa yang kamu laung-laungkan sebelum ini. Itulah kuasa kononnya kehendak rakyat.”
Semalam PH meletakkan semula bekas calonnya di Parlimen Cameron Highlands dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu, M. Manogaran bagi bertanding dalam PRK Parlimen tersebut pada 26 Januari ini.
Pengerusi PH, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, PH yakin akan memenangi pilihan raya tersebut dan merampasnya daripada BN walaupun bakal menerima tentangan calon lain.
Bagaimanapun, Setiausaha Agung DAP merangkap Menteri Kewangan, Lim Guan Eng serta Penasihat DAP, Lim Kit Siang masih lagi merasakan kemenangan parti itu sebenarnya bukan mudah. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan:
Catat Ulasan