TERDESAK. Terpaksa guna nama-nama pemimpin PAS yang
sudah meninggal untuk menyekat kebangkitan PAS. Sehingga mendakwa, kalau
ada Almarhum Tuan Guru Nik Aziz dan Almarhum Ustaz Fadzil Noor, nescaya
pembangkang tidak berpecah.
Mereka buat lupa, pada hal Barisan Alternatif (BA) berpecah dan DAP
keluar daripada BA, kerana tidak setuju dengan Dokumen Negara Islam.
Kedua-dua almarhum berkeras, tidak tunduk kepada kehendak DAP. Akhirnya
DAP keluar BA pada 22 September 2001.
Mereka ingat perjuangan kedua-dua tokoh ini murah sangat sehingga
hilang jati diri dan maruah perjuangan. Ini berlaku pada tahun 2001,
kedua-dua almarhum masih memimpin PAS. Tuan Guru Haji Hadi hanya sebagai
Timbalan Presiden PAS. Tiba-tiba hendak memburukkan Tuan Guru Haji
Hadi. Insya Allah kami yang ada jati diri tidak mudah lupa.
Supaya puak yang mudah lupa senang faham. DAP keluar BA pada 22
September 2001. Ustaz Fadzil meninggal dunia 23 Julai 2002 dan Tuan Guru
Nik Aziz meninggal dunia 12 Februari 2015.
No comments:
Post a Comment