Salahuddin berkata jawatankuasa itu akan melihat dan
menyaring calon yang bukan sahaja terdiri daripada orang politik tetapi
juga kalangan profesional, badan bukan kerajaan dan aktivis
Beliau yang juga menteri pertanian dan industri asas tani, berkata jawatankuasa itu akan melihat dan menyaring calon yang bukan sahaja terdiri daripada orang politik tetapi juga kalangan profesional, badan bukan kerajaan dan aktivis yang berkelayakan, pakar dalam bidang masing-masing serta amanah.
“Kami mahu pastikan mereka yang dilantik betul-betul komited dan profesional, bukannya mahu jadikan lantikan itu sebagai lubuk mencari kepentingan peribadi,” katanya pada sidang media selepas menerima nota serah terima tugas daripada bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek di sini hari ini.
Ditanya apakah pelantikan tokoh parti bertentangan dengan pendekatan Pakatan Harapan (PH) yang menolak lantikan politik dalam jawatan penting kerajaan, Salahuddin berkata jawatan itu sememangnya diisi oleh tokoh yang dipilih parti yang memerintah dan bukannya dibuat melalui Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) .
“Kita kena tahu, setiap jabatan dan agensi ada lantikan yang dibuat oleh parti politik dan kedudukan mereka akan diisi orang lain apabila berlaku perubahan kerajaan,” katanya.
Beliau berkata Amanah akan memastikan pemilihan bagi mengisi jawatan tersebut adalah seimbang antara orang politik dan golongan profesional serta mereka yang berpengetahuan tinggi dalam bidang berkaitan jabatan atau agensi berkenaan.
No comments:
Post a Comment