Saturday, May 5, 2018

Proses undian awal polis berjalan lancar - KPN

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata proses pengundian awal membabitkan pegawai dan anggota polis serta pasangan mereka berjalan lancar pada Sabtu.
 
Beliau berkata ini kerana ia diuruskan dengan baik termasuk oleh pegawai dan anggota polis.
 
“Warga PDRM (Polis Diraja Malaysia) yang mengundi hari ini kebanyakannya terdiri daripada pegawai dan anggota polis yang masih berkhidmat dan pesara polis,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mengundi awal di bangunan Persatuan Kebajikan Isteri-isteri Polis (Perkep) di Bukit Aman, di sini.
 
Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim dan mantan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar merupakan antara yang mengundi awal.
 
Pada Jumaat, Mohamad Fuzi berkata pengundian awal pasukannya membabitkan seramai 111,702 pegawai dan anggota polis serta pasangan.
 
Daripada jumlah itu, seramai 5,660 orang mengundi awal di Bukit Aman manakala selebihnya di 14 kontinjen PDRM dan Ibu Pejabat Polis di seluruh negara. -Bernama
 
 

No comments: