MUAR: Debat antara kedua-dua calon kerusi Parlimen Muar akan berlangsung dekat sini malam Ahad.
Debat membabitkan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (PKR) dengan Datuk Seri
Razali Ibrahim (BN) itu bakal berlangsung tanpa kehadiran calon PAS,
Abdul Aziz Talib.
"Aturan sudah dibuat oleh wakil kedua-dua pihak dan kami bersetuju
debat itu akan berlangsung di Hotel Traders kira-kira pukul 8 malam,"
katanya dipetik Mstar Online.
Bercakap kepada pemberita selepas ceramah di Parit Yusof dekat sini
Sabtu, Syed Saddiq berkata kedua-dua pihak bersetuju dengan tema debat
"Barisan atau PH ke Putrajaya."
Mengenai penyertaan Abdul Aziz dalam debat itu, Syed Saddiq berkata
usaha wakilnya untuk menyerahkan surat jemputan debat kepada pencabarnya
itu ditolak dua kali.
No comments:
Post a Comment