KUALA LUMPUR:
Dato’ Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali Takiri, calon PAS bagi kerusi
Parlimen Kuala Nerus menekankan tiga sebab mengapa PAS sepatutnya
menjadi pilihan rakyat pada Pilihan raya Umum ke-14 (PRU14) kali ini
“PAS menawarkan Islam sebagai asas bernegara dan hanya PAS yang menawarkan Islam untuk membina negara.
“Kedua, Pas adalah parti yang bersih dan bebas rasuah.
“Terakhir, PAS menawarkan polisi-polisi
dan dasar-dasar mesra rakyat, yang membantu rakyat untuk hidup lebih
baik dan bahagia jauh daripada apa yang dilaksanakan oleh BN,” katanya
dalam Perhimpunan Anak Muda Bersama Ulama’ Sempena PRU14 di Dataran Haji
Puteh, Kg Batu 6, Kuala Nerus semalam yang disiarkan menerusi laman
Facebook.
Tambahnya, sedangkan BN telah memperkenalkan cukai yang zalim yang tiada seorang pun setuju iaitu cukai GST.
Jelas beliau, PAS akan menghapuskan GST
dan memperkenalkan alternatif baru cukai Islam yang dipungut dari orang
kaya iaitu berdasarkan pegangan saham di Bursa Malaysia yang dapat
memberikan pendapatan kepada negara sebanyak RM47.5 bilion berbanding
cukai GST hanya RM44 bilion tetapi diambil daripada poket rakyat.
“GST yang PAS akan hapuskan dan cukai
Islam yang akan diperkenalkan bakal menggamit rakyat untuk bersama PAS
bukan hanya di Kuala Nerus bahkan Terengganu dan Malaysia,” ujarnya
lagi. – HARAKAHDAILY
No comments:
Post a Comment