Rabu, 31 Januari 2018

PPBM Desak Agihan Kerusi PH Negeri Sembilan Dinilai Semula



Parti Amanah Negara (PAN) yang hanya mempunyai 450 ahli di seluruh negeri pula diberi tujuh kerusi sedangkan PPBM hanya enam -Pemuda PPBM Negeri Sembilan.

SEREMBAN: Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Negeri Sembilan tidak berganjak dengan tuntutan supaya rundingan semula diadakan berhubung pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pembangkang di negeri ini.

Ketuanya, Mohd Shahrul Anuar Abu Samah, berkata mereka bukan mahu mengingkari keputusan pucuk pimpinan Pakatan Harapan (PH), sebaliknya mendesak pengagihan dibuat lebih adil supaya dapat diterima kepemimpinan negeri.

Beliau berkata, pengumuman dibuat ketika Konvensyen PH di sini, kelmarin, disifatkan tidak adil kerana tidak mengambil kira pendapat pemimpin PPBM Negeri Sembilan, sehingga menyebabkan banyak pihak tidak berpuas hati.

“PH Negeri Sembilan dalam proses perbincangan untuk pembahagian kerusi dan kita dimaklumkan rundingan akan diteruskan selepas Konvensyen PH kelmarin. Jadi, kami semua terkejut apabila mereka mengumumkan pengagihan kerusi.

“Keputusan itu dibuat tanpa pengetahuan pemimpin negeri. Justeru, kita akan tetap mempertahankan pendirian supaya rundingan semula dibuat bagi menentukan pembahagian kerusi DUN pembangkang di negeri ini supaya lebih adil.

“Sebagai contoh, PKR sudah kalah di Ampangan sebelum ini, mengapa diberikan kerusi sama. Parti Amanah Negara (PAN) yang hanya mempunyai 450 ahli di seluruh negeri pula diberi tujuh kerusi sedangkan PPBM hanya enam,” katanya kepada BH di sini, hari ini.

Konvensyen PH di sini, kelmarin, kecoh apabila ramai ahli dan pemimpin PPBM, melakukan protes kerana tidak berpuas hati dengan pengagihan 36 kerusi DUN iaitu 12 milik PKR, DAP (11), PAN (tujuh) dan PPBM (enam), manakala bagi Parlimen, setiap parti mendapat dua kerusi.

Mohd Shahrul Anuar mendakwa, semua ketua bahagian dan ketua pemuda bahagian PPBM di negeri ini menyokong tindakannya yang lantang menyuarakan bantahan dan mereka akan berkumpul menyatakan pendirian dalam sidang media tidak lama lagi.

Sementara itu, Pengerusi PH negeri, Aminuddin Harun, dilaporkan berkata, semua pihak perlu menerima dengan hati terbuka dan menghormati keputusan sudah dibuat pucuk pimpinan pakatan pembangkang.

Katanya, perbincangan lanjut sudah dibuat dengan Timbalan Presiden PPBM, Datuk Seri Muhkriz Mahathir, mengenai masalah berbangkit itu dan pihaknya tidak mahu memanjangkan isu berkenaan, sebaliknya yakin semua akan dapat diatasi dalam masa terdekat – BH

Dr Mahathir Akan Bawa Undi Melayu Kepada DAP – Anthony Loke








Tun Dr Mahathir Mohamad akan membawa undi Melayu di kerusi marginal kepada Pakatan Harapan (PH) , kata Setiausaha Organisasi Nasional DAP, Anthony Loke.

Bercakap pada ceramah PH di Bentong Ahad malam, Loke berkata DAP sering berdepan kesukaran untuk mendekati pengundi Melayu di kawasan luar bandar, namun kini akan berjaya ditembusi dengan adanya faktor Dr Mahathir.

“Kita mesti menang di kerusi marginal seperti Bentong, Labis dan Cameron Highlands untuk meningkatkan peluang kita mengambil alih kerajaan persekutuan .

“Contohnya, ada empat kerusi DUN di Bentong. Pada 2013, DAP menang tiga daripadanya tetapi kalah di Bentong.

“Satu lagi kerusi DUN milik Umno. Kami akan bawa Dr Mahathir ke situ,” kata Loke sepertimana dilapor The Malaysian Insight.

Pada pilihan raya lalu, kerusi Parlimen Bentong kekal milik MCA menerusi presidennya Liow Tiong Lai yang menewaskan calon DAP, Wong Tack dengan majoriti hanya 379 undi.

DAP mungkin meletakkan Wong sekali lagi di Bentong pada PRU14.

Pada PRU13, DAP menang DUN Bilut, Ketari dan Sabai, sementara Umno berjaya mempertahankan Pelangai, kerusi luar bandar disandang oleh Menteri Besar Pahang Adnan Yaakob.

DAP melancarkan kempen di kawasan MCA, terutama di kerusi presiden Liow di Bentong dan timbalannya, Wee Ka Siong di Ayer Hitam, Johor.

PAS Kelantan: Najib tak faham konsep federalisme

DETIK DAILY


Ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Kelantan sempena lawatan seharinya ke negeri itu pada 28 Januari lalu adalah satu catatan sejarah yang memalukan, kata Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari.

Menurut beliau, Najib antara lain menyebut bahawa Kelantan tidak mampu membayar gaji kakitangannya jika tanpa bantuan kerajaan pusat menunjukkan bagaimana beliau gagal memahami konsep federalisme yang telah termaktub dalam perlembagaan.

"Najib bagaikan mengulangi cerita 'tujuh janji' yang dilontarkan beliau juga di Kelantan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu.


"Perlu difahami bahawa kerajaan negeri dan pusat mempunyai bidang kuasa masing-masing mengikut jadualnya yang tersendiri.

“Kerajaan pusat mempunyai bidang kuasa memerintah melalui Dewan Rakyat, manakala kerajaan negeri pula melalui dewan undangan negeri," katanya dalam kenyataan terbuka, hari ini.

Terdahulu media tempatan melaporkan, Najib pada ucapannya di Kota Bharu, Ahad lalu berkata, tanpa suntikan kerajaan pusat, negeri defisit seperti Kelantan pun akan sukar membayar gaji kakitangan awamnya.

Menurut beliau, Kelantan yang ditadbir oleh PAS adalah sebuah negeri defisit rendah.
“Negeri defisit macam Kelantan ini pun, kalau tidak ada suntikan daripada kerajaan pusat nak bayar gaji pun tak mampu, tak boleh nak bayar gaji,” kata Najib dipetik sebagai berkata.

Ahmad Fadhli berkata, antara kuasa-kuasa yang ada pada kerajaan pusat adalah kewarganegaraan persekutuan, hubungan luar, pertahanan, keselamatan dalam negeri, kewangan, pendidikan, perdagangan dan industri.

Menurutnya, kuasa kerajaan negeri pula merangkumi undang-undang Islam, tanah, pertanian dan perhutanan, kerajaan tempatan, perkhidmatan tempatan dan jentera kerajaan negeri.

"Ini merupakan asas dalam konsep federalisme. Mengungkit-ungkit kerajaan Kelantan mampu membayar gaji hanya kerana mendapat bantuan kerajaan pusat adalah satu perbuatan kebudak-budakkan.

“Banyak mana pula hasil mahsul yang diangkut dari bumi Kelantan untuk membiayai Putrajaya?
"Adakah boleh disebut bahawa tanpa minyak Kelantan, perdana menteri tidak akan mampu mengelilingi dunia bersama isterinya?" soal beliau.

Tambah naib ketua Pemuda PAS pusat itu, Terengganu negeri yang paling hampir dengan Kelantan pun menerima sekitar RM1.5 billion terimaan dari kerajaan pusat hasil royalti dan sebagainya seperti yang termaktub di dalam Bajet 2018 negeri tersebut.

"Barangkali tanpa bantuan pusat, bukan setakat gaji kakitangan, bahkan butir beras pun tidak mampu untuk dibeli.

"Realitinya, ia tidak boleh disebut sebagai bantuan. Ia adalah kewajipan anda sebagai kerajaan pusat. Adakah ia tanda bahawa parti Datuk Seri sudah jemu untuk mentadbir kerajaan pusat?

"Kita kesal dengan kegagalan perdana menteri memahami konsep ini. Harapnya ia hanyalah penyedap telinga kepada jentera Umno Kelantan untuk meningkatkan usaha berdepan Pilihan Raya Umum Ke-14 bersama rakan baru di Kelantan seperti dinyatakan oleh Tengku Razaleigh Hamzah beberapa hari lepas," katanya.

PM lupa cukai dibayar rakyat Kelantan

DETIK DAILY

 
Oleh SALMAH MAT HUSAIN
 
 KOTA BHARU: Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Razak seolah-olah lupa pungutan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dari Kelantan antara yang tertinggi dipunggut Kerajaan Pusat.
 
Ketua Dewan Muslimat PAS Kelantan, Siti Zailah Mohd Yusof berkata, sumbangan rakyat Kelantan itu turut membantu menyelamatkan kewangan kerajaan.
 
Sebaliknya kata beliau, ketika datang ke Kota Bharu Ahad lepas, Perdana Menteri mengungkit pemberian Kerajaan Pusat di hadapan rakyat Kelantan.
 
“Kelantan juga ada hasil bumi iaitu petroleum, namun royalti diguna Kerajaan Pusat,” katanya ketika merasmikan program Dapur Hijau Dun Salor di sini hari ini.
 
Hadir sama Penyelia Dun Salor, Ibrahim Isa.

Jika rakyat ungkit memilih kerajaan

DETIK DAILY

 
Oleh DR RIDUAN MOHAMAD NOR
 
KEANGKUHAN Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semakin terserlah ketika kunjungan kerjanya di Kelantan beberapa hari lalu. Dalam kenyataannya itu beliau mengingatkan Kerajaan PAS Kelantan mengenai bantuan yang dihulurkan Kerajaan BN pada negeri itu. PM mengungkit bahawa Kerajaan Negeri Kelantan tidak akan mampu membayar gaji penjawat awam jika tidak kerana suntikan dana dari Putrajaya.
 
Analogi kenyataan PM ini ibarat seorang ayah yang kerap kali mengungkit jasa dan pengorbanan ayah terhadap anak-anaknya. Walhal, itu adalah tanggungjawab seorang ayah. Tidak perlu mengungkit hal tersebut pun anak-anak akan tahu bahawa ayahnya yang perlu berkorban untuk anak-anaknya. Malah, itu tugas dan rutin seorang ayah yang membanting tulang bekerja demi kesejahteraan anak-anaknya. Seolah-olah, pemberian selama ini tidak ikhlas dan hanya mengharapkan balasan. Jika begitu sifatnya, inilah watak seorang ayah yang tidak baik kerana sering menuntut dan meminta balasan dengan anaknya terhadap apa yang diberikannya selama ini.
 
Seorang pemimpin yang baik tidak akan berkira dan kedekut terhadap rakyatnya. Dia tidak akan mengira latar belakang, warna kulit, idelogi politik, sokongan, dan kedudukan mereka. Sesiapa sahaja yang susah pasti akan dibantu. Baik Kelantan, Selangor, Pulau Pinang, mahupun Sabah dan Sarawak menjadi perhatian jika kedudukan mereka susah. Tidak perlu diungkit jasa dan pengorbanan kerana rakyat sendiri yang menilai keikhlasan seorang pemimpin. Sememangnya tugas Perdana Menteri mengagihkan bantuan kepada kerajaan negeri yang memerlukan, termasuk Kelantan.  
 
Pemimpin jahat adalah pemimpin yang bersifat pendendam dengan menyekat bantuan kerana tidak suka kepada sesetengah pihak atau golongan yang tidak menyokongnya. Pelbagai alasan diberikan bagi menghalalkan tindakannya. Hanya kerana benci atau tidak suka kepada kelompok tertentu, yang mungkin kerana mereka tidak menyokongnya, maka pelbagai kekangan dibuat. Jika diberi sekalipun, dia akan mengungkit ‘selama tujuh keturunan’ seolah-olah dia telah berjasa besar dan berbuat perkara paling baik dalam hidup. 
 
Yang PM ingat adalah dia pemimpin besar dan berjasa banyak kepada rakyat, khususnya negeri Kelantan. Yang dia lupakan adalah dia adalah pemimpin yang dipilih oleh rakyat. Sekali dalam tempoh lima tahun rakyat akan memilihnya dan partinya untuk menjadi Perdana Menteri. Tujuan rakyat memilihnya adalah bagi membela rakyat untuk tempoh lima tahun kemudiannya. Antara rakyat yang memilih BN dalam pilihan raya lalu datangnya dari Kelantan. Justeru, bagaimana dia boleh mengungkit jasa kerajaan sedangkan rakyat pula yang memilih kerajaannya berkuasa selama lima tahun.
 
Bagaimana nanti rakyat mengungkit sumbangan dan jasa mereka yang memilih Kerajaan BN selama ini tetapi PM melupakan mereka. Jika inilah keadaannya, maka rakyat berhak menilai semula sokongan mereka kepada BN. Rakyat mahu memilih pula kerajaan dan pemimpin yang ikhlas dalam berkorban untuk rakyatnya, merasakan rakyat banyak berjasa kepadanya daripada dia berjasa kepada rakyatnya. Tatkala itu baru beliau kenal siapa lebih berkuasa, antara Kerajaan Pusat dengan rakyat.

Tunggulah, beberapa bulan lagi rakyat pula akan memilih mana kerajaan yang mereka impikan dan tahulah PM siapa berkuasa sebenarnya ketika itu.

Mahathirisme tak kenal parti

DETIK DAILY

 
Oleh Hasmi Hashim 

 SELEPAS “Ops Omega” pada 2001, saya serius memikirkan tentang ciri-ciri khusus pentadbiran Perdana Menteri ke-4, Dr Mahathir Mohamad. Di bawah Ops Omega itu, ramai aktivis Reformasi dan pemimpin PKR yang ditangkap dan ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Saya yakin, saya adalah orang pertama yang menimbulkan istilah “Mahathirisme” dalam tahun-tahun berkenaan.

Saya tak berminat dengan cara panggilan-panggilan rendah adab seperti “mahafiraun” dan “mahazalim” yang dikenakan kepada Dr Mahathir. Semua panggilan dan ejekan sebegitu tidak membawa pencerahan apa-apa untuk memahami ciri-ciri khusus politik sepanjang pemerintahan Dr Mahathir.

Di Singapura, ada kajian pemikiran Lee Kuan Yew yang disebut sebagai “Thesis Lee”. Kajian dan istilah itu dikeluarkan oleh pemikir politik-ekonomi yang mashyur yang berasal dari India, Amartya Sen.

Beliau cuba melihat hubungan pertumbuhan ekonomi Singapura yang pesat sejak keluar dari Malaysia pada 1965 dengan tahap demokrasi dan kebebasan. Ketika Barat percaya betapa pertumbuhan mampan hanya dapat berlangsung di bawah lembayung demokrasi, unsur berkenaan hampir tak wujud sama sekali di Singapura.

Hari ini orang menggunakan istilah “Mahathirisme” seenaknya sahaja. Bahkan istilah itu lebih banyak dirujuk kepada hal-hal yang buruk sahaja.

Sementara Mahathirisme yang saya maksudkan lebih sedekad lalu tidak sekadar hanya menyebutkan hal-hal buruk kesan dasar pentadbiran tindakan politik Dr Mahathir. Turut dibincangkan ialah persoalan liberalisme, perihal tradisi lawan modenisasi dan globalisasi, identiti kebangsaan, hak asasi, konsep negara-bangsa, bahkan hubungan agama dan kekuasaan negara.

Lebih tidak adil, “Mahathirisme” hanya ditempekkan kepada Umno sahaja. Sedangkan, tidak!
Mahathirisme juga boleh wujud di dalam parti mana sekali pun, termasuklah parti-parti pembangkang. Sekiranya Mahathirisme itu bermaksud bersikap kuku besi, sikap itu juga boleh wujud dalam parti bukan Umno.

Misalannya Mahathirisme juga bermaksud keinginan memerintah dengan lama, lalu bukankah nafsu tanpa segan-silu itu juga wujud antara para pemimpin pembangkang?

Bahkan selepas Dr Mahathir melepaskan jawatan sebagai PM pada 2003, Umno tidak lagi mempunyai seorang presiden yang terlalu lama di tampuk kuasa.

Abdullah Ahmad Badawi menjadi PM hanya enam tahun. Najib Razak pula kini di tahun kesembilan dan beliau ada kira-kira lagi setahun untuk melengkapkan tempoh pentadbirannya menjadi genap 10 tahun, atau bersamaan dua penggal.

Sementara itu, di pihak pembangkang pula ada yang sudah memegang jawatan – seperti menjadi ketua menteri – genap dua penggal, tetapi masih belum ada tanda untuk melepaskan jawatan.

Lebih pelik bin ajaib, menjadi budaya baharu dalam politik pembangkang di mana seorang itu diizinkan bertanding dan memegang sampai dua jawatan sekaligus. Satu di peringkat DUN, dan pada masa sama juga di peringkat Parlimen.

Seburuk-buruk era Dr Mahathir, amalan sebegitu tidak wujud. Amalan itu sebenarnya dengan lebih mudah dan cepat akan menjadikan seseorang pemimpin bertukar menjadi kuku besi, tertutup dan diktator.

Justeru itu, apa jaminan tidak wujudnya Mahathirisme di kalangan pemimpin parti pembangkang kalau sudah wujud tanda dan asas lebih buruk pula? Mengaku diri sebagai demokrat memang mudah, tetapi antara yang di mulut dengan yang dilakukan tidak semestinya sama.

Maka tidak hairanlah apabila sudah kedengaran betapa kerasnya pemimpin tertentu dalam Pakatan Harapan apabila berhadapan dengan kritikan. Seakan-akan sudah menjadi amalan biasa, sebagai contoh menyekat peruntukan wakil rakyat tertentu kalau wakil rakyat berkenaan pengkritik pemimpin atasan mereka. Walaupun satu gabungan.

Kalau semua itu adalah amalan politik usang, anti reformasi dan bersifat Mahathirisme dalam maksud yang hitam, mengapa perlu wujud pula dalam pentadbiran baharu yang kononnya mahu melakukan perubahan, menghormati pandangan berbeza dan bersifat demokratik itu?

Betapa dukacitanya kita kalau selepas dua dekad, inilah yang rakyat dapat.

* Hasmi Hashim atau Budi Hekayat adalah penulis lirik dan antara pendiri kelompok kebudayaan Jalan Telawi.

SPRM mesti siasat projek laluan basikal ‘maut’ di ibu kota




Roketkini.com

Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng menggesa supaya Suruhanjaya Penyiasatan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan ke atas projek pembahagi jalan laluan basikal oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang menelan belanja RM666,666.67 bagi setiap satu kilometer.

Menurutnya, DBKL telah membelanjakan sebanyak RM4 juta bagi projek sejauh enam kilometer melibatkan pemasangan pembahagi jalan dan kerja-kerja mengecat dengan warna biru.

Selain kos yang tinggi, Lip Eng berkata pemasangan pembahagi jalan tersebut katanya telah membahayakan keselamatan pemandu motosikal.

“Telah menular di portal-portal berita tentang pembahagi jalan yang telah dipasang di lorong basikal sepanjang 6km di tengah-tengah ibu kota membahayakan nyawa ribuan penunggang motosikal.

“Sekurang-kurangnya seorang penunggang motosikal dilaporkan telah terbabas dan cedera akibat pembahagi getah berstandard antarabangsa itu.

“Pembahagi itu telah pun ditanggalkan selepas hanya dua hari dipasang, ekoran aduan bertalu-talu di media sosial dan juga di akhbar-akhbar,” kata Setiausaha DAP Wilayah Persekutuan itu.

DBKL juga didesak untuk memberi penjelasan kepada orang ramai mengenai jumlah tambahan dana awam yang terpaksa dibelanjakan untuk menanggalkan pembahagi tersebut.

“Sebagai satu amalan urustadbir yang baik, DBKL patut mendedahkan siapa yang membuat keputusan untuk menggunakan pembahagi terbabit, dan adakah individu tersebut telah diambil tindakan bagi ideanya yang mengarut, berbahaya, mahal dan membazir ini?

“Persoalan bernilai RM4 juta sekarang juga ialah, adakah projek laluan basikal sejauh 6km ini dijalankan secara tender terbuka?” soalnya.

Tanpa meminggirkan kepentingan menggunakan kenderaan mesra alam dan aktiviti berbasikal, Lip Eng berkata ia perlulah sesuai dengan keadaan cuaca di Malaysia.

“Mana ada orang yang boleh tahan bermandi peluh berbasikal di ibu kota untuk pergi ke tempat kerja dan mesyuarat.

“Tambahan pula, ibu kota sudah ketandusan pohon-pohon yang rendang mahupun tempat berteduh akibat pembangunan melampau,” katanya.

Isu keselamatan juga adalah satu lagi faktor utama yang tidak menggalakkan orang ramai berbasikal dengan aman tenteram di Kuala Lumpur akibat sistem lalu lintas yang ‘serabut’.

“Pihak berkuasa sepatutnya menumpukan usaha untuk menjadikan aktiviti berbasikal sebagai aktiviti riadah utama, daripada menjadikannya sebagai pilihan pengangkutan utama untuk pergi ke tempat kerja.

“Dana awam tidak boleh lagi dibazirkan untuk idea yang tidak praktikal dan bersifat utopia ini,” katanya lagi. -Roketkini.com


Kerajaan zalim lengahkan pendaftaran HARAPAN


Roketkini.com

Sehingga hari ni masih belum ada sebarang jawapan rasmi daripada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) mahupun sebarang pemakluman berkenaan permohonan untuk mendaftarkan Pakatan Harapan (HARAPAN) sebagai sebuah parti, menjelang pilihanraya umum tidak lama lagi.

Menyifatkan tindakan tersebut sebagai suatu penganiayaan, Pengerusi HARAPAN, Tun Dr Mahathir mendakwa pihak ROS sengaja berbuat demikian bagi melengahkan masa serta menggagalkan persiapan untuk berdepan pilihanraya.

“Kita tidak tahu sama ada kita punya simbol diterima ataupun tidak,” ujarnya dalam sidang media di ibu pejabat PPBM, selepas mesyuarat Majlis Presiden HARAPAN.

“Kita juga tidak tahu sama ada parti kita ini diiktiraf secara rasmi ataupun tidak.”

Mantan perdana menteri itu berkata, tindakan kerajaan yang sedemikian adalah penganiayaan kepada rakyat yang tidak akan dapat memilih pemimpin yang dimahukan.

“Inilah kerajaan yang saya anggap amat zalim,” tegasnya. 

Permohonan untuk mendaftarakan parti gabungan DAP, PKR, Amanah dan PPBM dibuat kepada ROS sejak bulan Mac tahun lalu. – Roketkini.com


Dua lelaki dirawat selepas minum sejenis kopi

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
GEORGETOWN: Dua lelaki mengalami gejala letih dan lemah yang teruk sehingga terpaksa dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini, dipercayai selepas meminum sejenis kopi.
 
Pengarah Jabatan Kesihatan Pulau Pinang, Dr Wan Mansor Hamzah, berkata dua lelaki itu masih menerima rawatan di HPP dan dilapor berada dalam keadaan stabil.
 
"Mereka mendapatkan rawatan di Bahagian Kecemasan HPP hari ini kerana mengalami beberapa gejala antaranya letih dan lemah yang teruk. Dua lelaki itu mendakwa gejala berkenaan berlaku selepas minum sejenis kopi.
 
"Pihak kami menjalankan siasatan terperinci berhubung dakwaan dua lelaki itu serta sedang membuat beberapa ujian termasuk ujian darah ke atas mereka untuk mengenal pasti punca sebenar," katanya dipetik sebuah agensi berita tempatan.
 
Beliau berkata, pihaknya juga akan mendapatkan sampel kopi berkenaan untuk diuji bagi memastikan sama ada ia berpunca daripada minuman itu atau tidak.
 
Dr Wan Mansor berkata, Jabatan Kesihatan Pulau Pinang akan mengeluarkan kenyataan rasmi selepas mendapat keputusan berhubung ujian terhadap mangsa dan sampel kopi berkenaan.
 
Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mengalami gejala sama supaya mendapatkan rawatan segera di mana-mana klinik atau hospital berdekatan mereka.
 
Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdulah dalam kenyataan melalui Facebook beliau hari ini berkata, pihaknya mengesan berita yang viral melalui aplikasi WhatsApp berhubung beberapa pesakit yang mendapatkan rawatan di HPP selepas meminum sejenis kopi.
 
Beliau berkata Jabatan Kesihatan Pulau Pinang sedang membuat siasatan mendalam mengenai perkara itu dan akan memaklumkan kepada umum sebaik mendapat kepastian.
 
"Masyarakat dinasihat supaya menjaga kebersihan dan keselamatan makanan atau minuman serta segera mendapatkan rawatan di mana-mana kemudahan kesihatan sekiranya mengalami apa-apa gejala penyakit," katanya

Tan Sri Khalid bersama PAS dan Gagasan akan pacu kemenangan

DR MOHD ZUHDI MARSUKI

PUSAT Penyelidikan PAS (PPP) meyakini tekad yang ditunjukkan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim untuk membantu PAS serta GAGASAN berkempen di Selangor memberi satu kekuatan besar ke arah pembentukan kerajaan baru Selangor pasca PRU 14.
Kesungguhan beliau ditunjukkan semasa berceramah di Batang Kali, Hulu Selangor, pada 27 Januari 2018 yang baru lalu.
 
Ceramah yang dianjurkan oleh PAS Kawasan Hulu Selangor itu bertemakan "PAS Memimpin Pembentukan Kerajaan Baru Selangor Selepas PRU 14". Tekad yang ditunjukkan oleh Tan Sri Khalid di dalam ceramah tersebut, seumpama satu 'sepak mula' untuk satu gelombang besar-besaran membentuk kerajaan baru yang dipimpin oleh PAS bersama GAGASAN.
 
Tan Sri Khalid diakui sebagai faktor utama yang melonjakkan kemenangan Pakatan Rakyat (PR) dalam PRU 13 yang lalu. Selain daripada itu, beliau juga masih mempunyai sokongan dari kalangan ahli-ahli PKR termasuk juga DAP. Demikian juga dengan kakitangan-kakitangan awam yang berkhidmat di Selangor, begitu menghormati integriti dan efisiensi beliau. 
 
Di samping sokongan yang masih kuat dari kalangan penyokong-penyokong PR sebelum ini, Tan Sri Khalid juga begitu dihormati oleh Umno sehingga beliau turut dijemput oleh Umno Selangor dalam konvensyen mereka baru-baru ini. Dengan sokongan dari pelbagai pihak, beliau diyakini boleh menarik sokongan majoriti rakyat Selangor ke arah pembentukan sebuah kerajaan baru.
 
PPP juga percaya tekad yang ditunjukkan oleh Tan Sri Khalid untuk membantu PAS dalam menghadapi PRU 14 ini akan menambah satu kekuatan baru untuk mencapai sasaran Presiden PAS di dalam ucapan beliau di FASTAQIM 2.4 di Shah Alam baru-baru ini. Diyakini siri ceramah yang dirintis oleh PAS Hulu Selangor ini akan disusuli oleh 21 lagi PAS kawasan-kawasan yang lain.
 
 
* DR MOHD ZUHDI MARSUKI, Pengarah PPP

Memalukan...Apa standard PM macam ni?

WAN NORDIN WAN YAACOB

MEMALUKAN... Inikah standard yang ada kepada seorang Perdana Menteri seperti Dato' Seri Najib Tun Razak apabila langsung tidak memahami konsep federalisme dengan mengungkit di hadapan penjawat awam Kelantan mengenai bantuan yang dihulur Kerajaan Pusat.
 
Bukan duit kamu wahai Perdana Menteri dan bukan duit dari poket sanak saudara kamu kalau nak mengungkit hingga ke tahap ini.
 
Katakanlah kalau rakyat mengungkit setiap kerjabuat PM yang tidak menyebelahi rakyat selama ini kerana rakyat membayar cukai yang dikutip kerajaan dan gaji PM sebenarnya dari kantung wang rakyat? Apa perasaan PM?
 
Usahlah dipermainkan slogan "bantuan" kalau PM dan partinya pun menang kerana banyak "bantuan" termasuk bantuan agensi kerajaan, SPR, dan segala macam bantuan luar dan dalam semata mata bagi memenangkan Umno-BN untuk Najib bergelar PM.
 
Apakah nilai rakyat Kelantan di sisi PM hanya 'picisan' sahaja walhal lebih 90 peratus rakyat Kelantan adalah orang Melayu yang berjasa kepada negara membangunkan sama-sama sama ada dalam sektor ekonomi, sosial dan sebagainya.
 
Jasa Kelantan membiarkan "rompakan siang hari" oleh kerajaan BN terhadap hasil mashul bumi Kelantan termasuk gas asli, GST dan cukai lapangan terbang.
 
Usah dilupa bahawa rakyat Kelantan memang kerap menghukum pemimpin angkuh dan sombong seperti Najib ini. Suatu masa lalu, Khairy Jamaluddin telah dihukum oleh rakyat Kelantan kerana datang ke negeri Cik Siti Wan Kembang ini dengan slogan "pade doh 18" tahun, dan kemudian anak Kelantan mengusir keras kempen tidak beradab Khairy ketika mula mula dia bergelar Ketua Pemuda Umno.
 
Jangan hingga tahap nanti rakyat Kelantan menunjukkan jalan keluar total kepada parti Umno dalam PRU14 ini kerana kesilapan besar PM ini.
 
Mungkin ia akan berlaku, dan natijahnya nanti bumi Kelantan tidak boleh langsung menerima kehadiran PM yang bernama Najib.
 
Usahlah sombong ketika di mercu kuasa kerana ingatlah bahawa kuasa tidak akan kekal lama, suatu masa Allah akan tunjukkan kamu pengajaranya.
 
Ingat bahawa ahli Umno pun meluat dengan kaedah begini apatah lagi kalau mereka atas pagar dan penyokong pembangkang.
 
PM mungkin tak sedar bahawa kalangan ahli Umno pun sudah mula bosan dengan sikap beliau, dan usaha kelompok kedua bagi menjatuhkan beliau sebenarnya sudah bermula dari dalaman walaupun tembakan  Tun Dr Mahathir Mohammad "Bapa Kleptokrasi" tak menjadi kepada anak didiknya itu.
 
Sekali lagi diingatkan bahawa Najib adalah pemimpin besar dan bukannya pemain politik kampung hingga buat kenyataan macam budak budak 'balas membalas' bila main baling selipar. Inikah standard seorang PM di negara ini?...Rosaklah negara...-HARAKAHDAILY

Mohon Agong tangani isu keputusan Mahkamah Persekutuan

DATO' AL-SHEIKH ABDUL HALIM ABDUL KADIR


PERSATUAN Ulama' Malaysia (PUM) menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan semalam dalam kes Indira Ghandi vs Pengarah Jab Agama Islam Perak.
 
Dalam menangani isu ini yang agak sensitif dalam kalangan penganut agama, PUM ingin memohon perkenan KBDYMM YDP Agong untuk memberikan nasihat terutama apabila ia melibatkan status pengislaman seseorang. 
 
Pastinya kita tidak boleh membiarkan anak-anak tersebut yang telah Islam untuk dikembalikan kepada agama ibunya yang bukan Islam.
 
Oleh itu, PUM meminta jasa baik pihak Polis supaya tidak memburu bapa tersebut dan anak-anaknya, sehingga satu penyelesaian bersama dapat dicapai. 
 
PUM bimbang sekiranya ia dilakukan, ada kemungkinan akan berlaku konflik antara penganut agama di negara ini sehingga mungkin berlakunya keganasan ( violence ) dalam masyarakat. 
 
Kepimpinan negara juga perlu membuat satu tindakan segera bagi mengawal perkara ini agar tidak dijadikan penyebab kepada tindakan-tindakan provokatif di dalam negara. 
 
 
*DATO' AL-SYEIKH ABDUL HALIM ABDUL KADIR,Yang DiPertua Persatuan Ulama' Malaysia

HARAKAHDAILY

Polis ambil keterangan tujuh pelajar bergaduh di Harbour Mall Sandakan

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
SANDAKAN: Polis mengambil keterangan daripada tujuh pelajar lelaki dari dua sekolah menengah yang terlibat dalam satu pergaduhan di Dataran Harbour Mall di sini pada Jumaat lepas.
 
Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Azhar Mohd Hamin berkata pihak sekolah telah membawa pelajar terlibat ke Balai Polis Sandakan pada jam 11 pagi Selasa bagi membantu siasatan kes pergaduhan itu.
 
Katanya selepas keterangan dan rakaman percakapan pelajar berusia antara 15 hingga 17 tahun itu diambil, mereka dibebaskan dengan jaminan polis.
 
Kes itu disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan, katanya dalam satu kenyataan di sini.
 
Klip video pergaduhan pelajar tersebut viral di Facebook.
 
Azhar berkata siasatan mendapati kejadian berpunca daripada perbuatan ejek-mengejek selepas salah seorang pelajar memuat naik gambarnya dalam aplikasi WeChat.
 
Beliau berkata sebelum ini, pegawai polis dari Jabatan Siasatan Jenayah dan Pegawai Perhubungan Sekolah dari Polis Sandakan bagi kedua-dua buah sekolah telah mengambil tindakan susulan dengan menemui pengetua dan guru disiplin sekolah bagi mengenal pasti pelajar terlibat untuk tindakan selanjutnya.
 
 

Siti Aisyah Dibayar RM400 Babak 'Usikan'

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi pada Selasa diberitahu bahawa Siti Aisyah, wanita Indonesia yang dituduh membunuh Kim Chol atau Kim Jong-nam, abang pemimpin Korea Utara, telah dibayar RM400 oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai James atau Ri Ji-u untuk melakonkan tiga babak 'usikan’ di sebuah pusat beli-belah di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
 
Babak 'usikan' itu, yang dilakukan terhadap tiga individu, dirakamkan di kawasan kolam air pancut di pintu masuk pusat beli-belah itu pada 5 Januari tahun lepas, dengan James memberitahu Siti Aisyah bahawa rakaman tu akan ditayangkan di YouTube.
 
Perkara itu dicadangkan  peguam Gooi Soon Seng  yang mewakili Siti Aisyah, 26, semasa menyoal  balas Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan Wan Azirul Nizam Che Wan Aziz, 40, pada hari ke-28 perbicaraan kes pembunuhan Kim Chol.
 
Siti Aisyah dan wanita Vietnam, Doan Thi Huong, 29, didakwa  membunuh Kim Chol bersama-sama empat lagi individu yang masih bebas di Balai Berlepas, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) Sepang pada 13 Februari lepas.
 
Menjawab soalan Gooi, saksi kesembilan itu bersetuju bahawa Siti Aisyah dibayar RM400 untuk melakonkan babak ‘usikan’ itu tetapi saksi itu menjawab 'tidak tahu' lokasi dan masa lakonan itu berlaku.
 
Wan Azirul Nizam juga bersetuju bahawa Siti Aisyah membayar RM100 kepada pemandu teksi bernama Kamaruddin Masiod atau dikenali sebagai John iaitu individu yang memperkenal tertuduh kepada James sebelum dia dihantar ke Hotel Flamingo, Ampang dekat sini, selepas aksi itu dirakam di pusat beli-belah berkenaan.
 
Beliau juga bersetuju dengan cadangan Gooi bahawa Kamaruddin menghampiri Siti Aisyah buat pertama kalinya di Beach Club, Kuala Lumpur kira-kira 3.30 pagi semasa mengambil penumpang, namun beliau tidak dapat memastikan tarikhnya.
 
Namun, saksi itu tidak bersetuju dengan cadangan Gooi bahawa Kamaruddin pernah menanyakan Siti Aisyah sama ada dia berminat untuk berlakon dalam program 'usikan' yang akan ditayangkan di YouTube dan 'bos' Kamaruddin adalah orang Jepun yang sedang mencari pelakon.
 
Gooi: Saya menyatakan, Siti Aisyah tidak kenal Kamaruddin sebelum pertemuan pertama itu?
 
Wan Azirul Nizam: "Ya, setuju".
 
Semasa menjawab soalan Gooi, Wan Azirul Nizam berkata beliau tidak ingat sama ada nombor telefon James disimpan sebagai 'Jepun' manakala nombor telefon Kamaruddin disimpan sebagai 'John' di dalam telefon bimbit Siti Asiyah.
 
Mengenai hotel yang diinapi selama lima hari oleh Kim Chol di Langkawi sebelum dibunuh di klia2, Wan Azirul Nizam berkata Kim Chol menginap di Hotel Westin namun, tiada sebarang percakapan diambil daripada mana-mana pihak di Langkawi.
 
Ketika menjawab soalan Gooi, Wan Azirul Nizam menyatakan bahawa kebocoran rakaman video berkaitan insiden pembunuhan Kim Chol selepas beberapa hari kejadian itu berlaku tiada kaitan dengannya kerana ia disimpan dalam keadaan baik.
 
Katanya, beliau mempunyai tanggungjawab sepenuhnya terhadap rakaman berkenaan.
 
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Azmi Ariffin bersambung pada 8 Februari ini

Suspek kes bunuh juruteknologi pergigian ditahan

ANTARAPOS
 
Post Pic
 
 
PORT DICKSON: Polis sudah menahan suspek utama kes bunuh juruteknologi pergigian di Kuarters Klinik Kesihatan Lukut yang dibunuh minggu lalu. 
 
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Zainudin Ahmad, berkata suspek lelaki berusia 20-an itu ditahan di rumahnya di sebuah taman perumahan di Johor Bahru, jam 9 malam tadi.
 
"Polis percaya penangkapan suspek akan dapat menyelesaikan siasatan kes ini. Kita turut menemui semula motosikal dan topi keledar milik mangsa yang hilang sebelum ini.
 
"Selain itu, siasatan mendapati suspek turut menggunakan kad kredit milik mangsa," katanya di sini, hari ini.
 
Zainudin berkata, pihaknya akan memohon perintah tahanan reman hari ini, bagi membolehkan polis melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
 
Mangsa, Mahusin Abd Rahim, 28, ditemui mati di rumahnya dalam keadaan terbaring di atas tilam oleh seorang rakan yang datang ke rumahnya yang terletak di tingkat empat pada jam 8.30 pagi, 22 Januari lalu.
 
 
 
Mangsa yang dipercayai sudah meninggal dunia lebih 72 jam, turut ditemui dengan dengan kesan kecederaan di kepala akibat hentakan objek keras.
 
Polis semalam mengedarkan gambar seorang lelaki yang dirakam melalui kamera litar tertutup (CCTV) sebuah premis di Johor Bahru yang dipercayai mempunyai kaitan langsung dengan kes itu, bagi memohon bantuan orang ramai mengesannya.

MKN Sabah hantar pulang 353 PATI Filipina

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
SANDAKAN: Seramai 353 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) warganegara Filipina berusia di antara lima bulan hingga 66 tahun dihantar balik ke negara asal mereka melalui Pelabuhan Sandakan di sini, malam tadi.
 
Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Negeri Sabah Datuk Rodzi Md Saad dalam satu kenyataan berkata, PATI yang terdiri 172 lelaki, 89 wanita dan 92 kanak-kanak itu dihantar balik dengan menaiki feri ke Zamboanga, Filipina.
 
Proses penghantaran balik PATI ke negara asal mereka adalah komitmen berterusan kerajaan dalam menangani masalah kemasukan PATI ke negeri ini.
 
Menurutnya jumlah PATI yang dihantar balik pada tahun lepas hingga semalam mencecah 12,670 orang termasuk 697 orang pada bulan ini.
 
Katanya jumlah PATI yang dihantar balik dan pulang secara sukarela sejak 1990 hingga semalam mencecah 565,242 orang.
 
Rodzi berkata kerajaan mengambil tindakan proaktif dalam usaha mengesan dan menangkap PATI dengan melancarkan pelbagai operasi bersepadu.
 
Operasi itu dikelolakan oleh MKN, Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), Jabatan Imigresen, polis dan Agensi Penguatkuasaan Maritin Malaysia, katanya.
 
Beliau mengingatkan majikan dan orang awam untuk memberi kerjasama kepada pihak penguatkuasa dalam menangani masalah PATI dengan menyampaikan maklumat mengenai kehadiran mereka dan tidak menggaji atau melindungi mereka.
 
 

Selasa, 30 Januari 2018

SIAPA PENYEBAR BERITA PALSU?

 shahbudindotcom


Ketika di Kelantan baru-baru ini, Najib Razak berkata, kerajaan akan mengkaji satu undang-undang baharu bagi mengekang penularan berita palsu di negara ini.


Sebelum itu, pada penghujung tahun lalu, Salleh Said Keruak pula berkata, tindakan mengekang berita palsu adalah bagi melindungi keharmonian dalam negara.

Tapi, siapakah sebenarnya penyebar berita palsu yang sebenar dan berlesen?


Bank Negara, sebuah institusi penting dalam negara pun diserang dengan penularan berita palsu oleh media arus perdana baru-baru ini sehingga mereka tampil menafikannya.

Yang lebih mengaibkan, bukan setakat satu, tetapi tiga media arus perdana melakukan penularan berita palsu yang sama.


Tidakkah ini mengancam keharmonian negara?

Hmmmmm....

Najib tunggu ‘ilham’ untuk adakan pilihan raya

Najib tunggu ‘ilham’ untuk adakan pilihan raya
Presiden Umno Najib Razak selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi parti itu yang diadakan ibu pejabat Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.– Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain,
 
MESKIPUN ringgit mencatatkan dan pasaran saham meningkat, Perdana Menteri Najib Razak masih menunggu "ilham" untuk mengadakan pilihan raya umum ke 14.

"Saya tak tahu. Saya masih menunggu sesuatu cetusan, atau orang Melayu cakap ilham, untuk tentukan bila masa yang sesuai," katanya ketika ditanya pemberita mengapa beliau masih tidak menentukan tarikh pilihan raya.

"Selagi kita lakukan apa yang tidak bertentangan dengan perlembagaan, saya rasa tidak mengapa..
Kita lihat sama ada kita boleh tunggu sehingga Jun, atau kita adakan lebih awal. Kita lihat perkembangannya nanti," kata Najib, yang juga presiden Umno, selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi parti itu di Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur, hari ini.

Terdahulu pada sidang media, Najib mengakui peningkatan ekonomi negara.

"Majlis Tertinggi menyedari peningkatan ekonomi negara di mana ringgit semakin kukuh, terdapat pertumbuhan tinggi ekonomi, pasaran saham berada di tahap tertinggi dalam tiga tahun, kadar inflasi juga rendah dan kadar pengangguran hanya 4%.

"Ini menunjukkan dasar yang dilaksanakan kerajaan sudah membuahkan hasil. Ia menggalakkan. Ia meningkatkan keyakinan perniagaan," kata Najib.

Pada 5 petang hari ini, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI ditutup pada 1,868.58 mata manakala ringgit diniagakan 3.8985 berbanding dolar AS.

Ringgit naik setinggi 3.85 berbanding dolar AS semalam - yang tertinggi sejak 3.83 pada April 2016. Mata wang ini memecahkan 4 halangan pada 5 Januari berikutan peningkatan harga minyak.

Kenyataan 'ilham' Najib timbul selepas soalan daripada pemberita, yang bertanya: "Seperti yang anda katakan sekarang ini. Ringgit naik, pasaran naik, pengangguran rendah. Apa lagi yang anda tunggu?"

Ringgit meningkat seiring dengan pasaran ekuiti yang kukuh, dengan melanggar paras 1,800 pada bulan Januari.

Ekonomi Malaysia mencatatkan pertumbuhan yang lebih tinggi daripada jangkaan 5.8% tahun lepas, berikutan peningkatan permintaan dalam negeri dan pasaran buruh, menurut Bank Dunia.

Penganggur dituduh rogol kekasih usia 15 tahun

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KOTA BHARU: Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas tiga tuduhan merogol kekasihnya berusia 15 tahun pada tahun lalu.
 
Mohamad Shahdan Zulkifli, 19, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dikemukakan di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.
 
Dia didakwa merogol mangsa yang berusia 15 tahun sembilan bulan ketika kejadian di sebuah rumah di Kampung Teluk Tapang di sini, pada jam 11.30 malam 10 Oktober lalu.
 
Bagi pertuduhan kedua, pemuda berkenaan dituduh merogol mangsa sama di lokasi sama pada jam 11.30 malam, pertengahan November 2017.
 
Tertuduh turut didakwa merogol remaja terbabit di sebuah rumah kosong di Kampung Tapang pada jam 5 petang, penghujung November lalu.
 
Dia didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.
 
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Hajarul Falenna Abu Bakar, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
 
Mahkamah tidak membenarkan Mohamad Shahdan diikat jamin dan menetapkan 28 Februari ini untuk sebutan semula kes.
 
 

PAS Kelantan akui zaman Najib lebih baik berbanding Tun M

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KOTA BHARU: Zaman pemerintahan Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri adalah lebih baik berbanding era Tun Dr Mahathir Mohamad, ujar Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
 
Perkara itu diakui kerajaan PAS Kelantan berdasarkan hubungan di antara kerajaan negeri dan Pusat juga semakin baik walaupun ada perkara belum ditunaikan.
 
"Memang berbeza kalau mahu dibandingkan zaman Tun Mahathir dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Najib. Zaman Tun Abdullah dan Najib menjadikan hubungan Kelantan dengan Pusat lebih baik.
 
"Namun, banyak perkara lagi yang Kerajaan Pusat belum laksanakan seperti tuntutan royalti dan kita berharap ia dipertimbangkan.
 
"Walaupun masih agak terpinggir berbanding negeri diterajui Barisan Nasional (BN), sekurang-kurangnya terdapat perbezaan dari segi hubungan," katanya ketika ditemui di pejabatnya, di sini hari ini.
 
Kelmarin, Perdana Menteri ketika berucap pada Majlis Perasmian Pecah Tanah Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Kelantan Fasa 1, berkata beliau sentiasa mengutamakan rakyat Kelantan.
 
Ia, katanya, termasuk melaksanakan pembangunan projek yang dapat melenyapkan 'mimpi ngeri' rakyat negeri ini yang sering dilanda banjir termasuk banjir besar pada 2014.
 
"Saya tidak mahu ada yang ketinggalan. Ini berdasarkan prinsip Islam yang mahu kita jadi pemimpin adil kepada semua. Sebab itulah saya berbeza dengan pemimpin terdahulu yang memerintah 22 tahun, tapi meminggirkan Kelantan atas perbezaan politik," kata Najib
 
Mohd Amar turut mengakui Kelantan bergantung kepada bantuan Kerajaan Pusat, sama seperti negeri lain.
 
"Pulau Pinang dan Selangor pun bergantung kepada Kerajaan Pusat, malah Selangor sendiri ada hutang dengan Kerajaan Pusat.
 
"Sekiranya Kerajaan Pusat tidak bantu dari segi agensi, negeri tidak boleh berjalan. Apa yang pasti, tiada negeri mampu hidup tanpa bantuan pusat," katanya.
 
 

Pemuda PPBM tuntut agih kerusi DUN N.Sembilan diteruskan

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
SEREMBAN: Pemuda PPBM Negeri Sembilan tetap dengan pendirian untuk mendesak rundingan semula diadakan berhubung pembahagian kerusi DUN pembangkang di negeri ini.
 
Ketuanya, Mohd Shahrul Anuar Abu Samah, berkata mereka bukan mahu mengingkari keputusan pucuk pimpinan Pakatan Harapan (PH), sebaliknya mendesak pengagihan dibuat lebih adil supaya dapat diterima kepemimpinan negeri.
 
Ekoran menurut beliau, pengagihan itu tidak mengambil kira pendapat pemimpin PPBM Negeri Sembilan, sehingga menyebabkan banyak pihak tidak berpuas hati.
 
"PH Negeri Sembilan dalam proses perbincangan untuk pembahagian kerusi dan kita dimaklumkan rundingan akan diteruskan selepas Konvensyen PH kelmarin. Jadi, kami semua terkejut apabila mereka mengumumkan pengagihan kerusi.
 
"Keputusan itu dibuat tanpa pengetahuan pemimpin negeri. Justeru, kita akan tetap mempertahankan pendirian supaya rundingan semula dibuat bagi menentukan pembahagian kerusi DUN pembangkang di negeri ini supaya lebih adil.
 
"Sebagai contoh, PKR sudah kalah di Ampangan sebelum ini, mengapa diberikan kerusi sama. Parti Amanah Negara (PAN) yang hanya mempunyai 450 ahli di seluruh negeri pula diberi tujuh kerusi sedangkan PPBM hanya enam," katanya dipetik BH Online hari ini.
 
Konvensyen PH di sini, kelmarin, kecoh apabila ramai ahli dan pemimpin PPBM, melakukan protes kerana tidak berpuas hati dengan pengagihan 36 kerusi DUN iaitu 12 milik PKR, DAP (11), PAN (tujuh) dan PPBM (enam), manakala bagi Parlimen, setiap parti mendapat dua kerusi.
 
Mohd Shahrul Anuar mendakwa, semua ketua bahagian dan ketua pemuda bahagian PPBM di negeri ini menyokong tindakannya yang lantang menyuarakan bantahan dan mereka akan berkumpul menyatakan pendirian dalam sidang media tidak lama lagi.
 
Sementara itu, Pengerusi PH negeri, Aminuddin Harun, dilaporkan berkata, semua pihak perlu menerima dengan hati terbuka dan menghormati keputusan sudah dibuat pucuk pimpinan pakatan pembangkang.
 
Katanya, perbincangan lanjut sudah dibuat dengan Timbalan Presiden PPBM, Datuk Seri Muhkriz Mahathir, mengenai masalah berbangkit itu dan pihaknya tidak mahu memanjangkan isu berkenaan, sebaliknya yakin semua akan dapat diatasi dalam masa terdekat.
 
 

Tun M Arah Pembahagian Kerusi PH Selangor Diputus Jawatankuasa Khas





Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Tun Dr Mahathir Mohamad mengarahkan agar pembahagian kerusi PH Selangor diputuskan dalam Jawatankuasa Khas dan bukannya jawatankuasa pilihan raya peringkat negeri yang diamalkan sebelum ini.

Beliau berkata jawatankuasa pilihan raya PH Selangor yang diketuai oleh Dr Xavier Jayakumar tidak mempunyai local standi untuk membuat keputusan berkenaan pembahagian kerusi.

“Berkenaan dengan Selangor, terdapat sedikit salah faham tentang badan mana yang perlu melihat tentang agihan kerusi.

“Mereka fikir itu tugas jawatankuasa pilihan raya tetapi ia sepatutnya satu jawatankuasa khas dan kini kami telah menubuhkan satu jawatankuasa khas dan mereka akan mengambil alih dan masalah itu akan diselesaikan,”kata Mahathir pada sidang akhbar di ibu pejabat PPBM di Petaling Jaya selepas mesyuarat majlis presiden PH tengah hari tadi.

Isu agihan kerusi di Selangor dikatakan mengambil masa terlalu lama ekoran wujud desas-desus bahawa PKR sedang memujuk PAS untuk bekerjasama di Selangor pada Pilihan Raya Umum Ke-14 akan datang.

Namun perkara itu dinafikan Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bahawa adalah tidak munasabah mengaitkan PKR sedang mengusahakan kerjasama dengan PAS sedangkan proses perbincangan kerusi bersama PH telah bermula sekian lama.

Beliau yang mengakui prosesnya begitu rumit memandangkan pelbagai aspek perlu dipertimbangkan demi memastikan calon yang mewakili gabungan berkenaan akan menang di kerusi yang ditandinginya.

Laporan: 3 sebab BN akan menang PRU14

BN_Logo_001_c2568633_18110_

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) dilihat akan menang walaupun Tun Dr Mahathir Mohamad semakin meraih perhatian pengundi Melayu di luar bandar, menurut laporan penyelidikan Financial Times (FT).

Laporan itu yang disiapkan oleh penyelidik kanan Hafiz Noor Shams memberikan 3 sebab mengapa mereka yakin BN akan menang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Menurut laporan itu, sebab paling utama adalah persempadanan semula kawasan pilihan raya yang dijangka memihak kepada Barisan Nasional (BN).

“Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjalankan semula persempadanan semula ini selepas mahkamah menggugurkan aduan Pakatan Harapan (PH) terhadap badan itu pada Disember.”

Persempadanan semula sebelum ini membawa kemenangan besar kepada BN.

Laporan itu menyebut, persempadanan semula oleh SPR pada 2003 menyaksikan BN menang 90% kerusi tetapi hanya 64% undi popular pada PRU 2004.

Pada 2013, BN memenangi 60% kerusi dengan hanya 47% undi popular.

“Kita menjangka SPR memuktamadkan proses itu sebelum Mac atau April. Kita percaya contoh terkini muslihat pilihan raya di Malaysia itu akan memanfaatkan BN,” kata laporan itu.

Sumber pembangkang memberitahu FT mereka akan cuba menangguhkan proses itu di mahkamah sehingga Jun, apabila Parlimen akan secara automatik terbubar jika Najib tidak membubarkannya sebelum itu. Pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipenjara atas kesalahan liwat, dijangka dibebaskan pada Jun dan ini akan memberi kelebihan kepada PH, kata laporan itu.

“Apa pun, kami percaya kemungkinan ia ditunda adalah rendah.”

Sebab kedua adalah PAS akan memecahkan undi pembangkang, memandangkan parti Islamis itu berhasrat meletakkan calon di kerusi yang mereka tidak tandingi sebelum ini, walaupun peluang untuk menang sangat tipis.

Sebab ketiga adalah gabungan PH lemah di Sabah dan Sarawak di mana terletaknya 1/3 daripada jumlah keseluruhan kerusi Parlimen.

“Tanpa kejayaan besar di Sabah dan Sarawak, PH perlu menang lebih kurang 2/3 daripada kerusi di Semenanjung untuk mengambil alih Parlimen, yang mana ianya agak sukar. PH hanya memegang 39% kerusi Parlimen di Semenanjung Malaysia, dan semasa PAS sertai gabungan itu sekali pun, mereka hanya memegang 47%.”

Laporan itu mengatakan BN mungkin akan kalah beberapa kerusi kepada Parti Warisan Sabah tetapi mungkin hanya terhad di timur Sabah.

Laporan itu juga mengatakan kedudukan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak selamat walaupun BN menang tipis, memandangkan perhimpunan agung yang diadakan pada Disember tahun lepas bersetuju untuk tidak mengadakan pemilihan semula kepimpinan. Biasanya, presiden Umno akan menjadi perdana menteri.

“Tinjauan suku ke-4 ke atas 1,000 penduduk bandar menunjukkan Najib lebih tidak popular dalam kalangan mereka yang berusia 18-29 tahun berbanding mereka yang berusia 30-40. Tetapi responden yang kebanyakannya paling tidak puas hati dengan perdana menteri adalah mereka yang berumur lebih 50 tahun, iaitu mereka yang berasa terhutang budi kepada pimpinan Dr Mahathir pada 1980-an dan 1990-an.”

Walaupun laporan itu mengatakan BN akan menang, kemenangan pembangkang akan menjadi sesuatu yang baru.

“Ia akan menjadi kali pertama Umno hilang kuasa sejak Tanah Melayu (nama negara sebelum menjadi Malaysia) mengadakan PRU pertamanya pada 1955.”

Najib, isteri dan 9 lagi gagal batal saman balu PI Bala

 
Hakim Mahkamah Tinggi, Hue Siew Kheng berkata, tuntutan ke-2 difailkan Santamil Selvi terhadap Najib dan defendan lain 'tidak dapat diterima'.


selvi-court
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dan 6 yang lain untuk membatalkan saman difailkan balu penyiasat bebas, P Balasubramaniam yang lebih dikenali sebagai PI Bala.

Peguam Najib, Nor Hazira Abu Haiyan berkata, Hakim Datuk Hue Siew Kheng memutuskan saman dikemukakan A Santamil Selvi tidak dapat diterima.

“Isu ini perlu diputuskan dalam perbicaraan penuh.”

Terdahulu, peguam Najib, Rosmah dan 6 yang lain berhujah saman Santamil patut dibatalkan kerana beliau kehabisan masa untuk berbuat demikian.

Difahamkan, Hue juga memerintah prinsip “res judicata” atau keputusan mahkamah lebih tinggi terikat kepada mahkamah rendah, tidak terpakai untuk pembatalan ini.

“Samannya sebelum ini tidak pernah didengar, dan kuasa tindakan daripada saman ini berbeza daripada terdahulu.”

Mahkamah menetapkan pengurusan satu lagi kes pada 16 Mac ini.

Santamil sebelum ini memfailkan saman konspirasi terhadap Najib, Rosmah, adik Najib – Mohd Nazim dan Johari, peguam Tan Sri Cecil Abraham dan anaknya, Datuk Sunil Abraham, Arulampalam Mariampillai, pesuruhjaya sumpah Zainal Abidin Muhayat dan ahli perniagaan Deepak Jaikishan.

Beliau mendakwa ada bukti untuk membabitkan semua 9 defendan itu yang didakwa melakukan kesalahan terhadap mereka.

Bagaimanapun, saman mahkamahnya dibatalkan Mahkamah Rayuan pada 2015.

Tahun lalu, Santamil dan 2 anaknya memfailkan satu lagi saman terhadap individu sama yang dinamakannya dalam samannya sebelum ini, dengan mendakwa mereka mengalami mengalami kesengsaraan disengajakan kerana terpaksa hidup dalam buangan di India.

Beliau berkata, 9 defendan itu merampas kehidupan normal daripada keluarganya dan menyebabkan mereka mengalami kerugian kewangan dan bukan kewangan.

Mereka mendakwa mengalami trauma dan penderitaan mental disebabkan 9 defendan itu serta kehilangan tempat berteduh di persekitaran yang biasa.

Mereka menuntut ganti rugi dengan faedah atas penderitaan yang dialami dari Julai 2008 kerana kehilangan rumah selama 5 tahun.

Bagaimanapun, kes ke atas Deepak tidak didengar hari ini kerana ahli perniagaan itu memfailkan tuntutan berasingan untuk membatalkan saman Santamil.

PI Bala sebelum ini terlibat dalam kontroversi 2 akuan berkanun (SD) bercanggah dalam kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu pada 2006.

Dalam saman ini, keluarga tersebut berkata defendan menyebabkan SD ke-2 Balasubramaniam dirangka tanpa arahannya dan menyebabkan beliau menandatanganinya di bawah situasi terancam dan paksaan.

Beliau terpaksa meninggalkan Malaysia untuk ke India tergesa-gesa selepas menandatangani SD ke-2 pada Julai 2008, sehari selepas SD pertama dikeluarkan.

Pada 3 Julai 2008, Balasubramaniam menerusi sidang akhbar yang diadakan PKR berkata, kandungan SD pertama membabitkan Najib dan beberapa individu lain dalam pembunuhan Altantuya adalah benar.

Pada Jun 2014, Santamil dan 3 anaknya memfailkan saman konspirasi selepas penemuan bukti baharu untuk membabitkan semua 9 defendan yang didakwa melakukan kesalahan ke atas mereka.

PI Bala yang merupakan saksi utama dalam perbicaraan Altantuya, meninggal dunia akibat serangan jantung pada 15 Mac 2013, beberapa minggu setelah pulang dari India.

Beliau pernah bekerja untuk penganalisis politik dan rakan kongsi Najib, Abdul Razak Baginda yang mengupahnya untuk memantau Altantuya sebelum kehilangannya.

Pendaftaran HARAPAN: 'Masih tiada jawapan ROS'

DETIK DAILY

 
 
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) masih tidak memberikan sebarang jawapan berhubung pendaftaran Pakatan Harapan, kata pengerusi gabungan itu Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Sehingga sekarang tidak ada jawapan, perakuan daripada ROS.

"Jadi kita dapati ini sengaja dibuat demikian, iaitu tidak respon, supaya kita habiskan masa dan tidak dapat buat persiapan untuk pilihan raya.

"(Ini) kerana kita tak tahu sama ada kita punya simbol diterima atau tidak.

"Dan kita juga tak tahu sama ada parti kita ini diiktiraf secara rasmi ataupun tidak," kata Mahathir.

Bekas perdana menteri keempat itu berkata demikian dalam sidang media di ibu pejabat Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) Malaysia di Petaling Jaya selepas mesyuarat Majlis Presiden HARAPAN

Perdana menteri paling lama dalam sejarah Malaysia itu sebelum ini pernah membuat tuduhan hampir sama dengan mendakwa permohonan HARAPAN sengaja dilengah-lengahkan.

HARAPAN telah menyerahkan permohonan mereka pada pertengahan tahun lepas.

Logo Visit Malaysia 2020: ‘Nampak macam kera kah manusia?’ – Dr M

THE MALAYSIAN TIMES
 


KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyindir logo mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2020 berhubung rekaan grafiknya.

“Wah cantik benar logo untuk Visit Malaysia 2020.

“Tapi gambar dalam itu nampak macam kera kah, manusia kah?

“Ini kah yang akan menarik orang melancong ke Malaysia? Saya fikir mereka akan berasa pelik.

“Mungkin kerana pelik itu dia akan menarik (pelancong)…itu saya tak tahu, tapi saya fikir banyak lagi design yang lebih cantik, yang lebih menarik,” kata Dr Mahathir dalam satu video pendek yang dikongsikan dalam laman Facebooknya.

Dr Mahathir, yang juga merupakan Pengerusi Pakatan Harapan, merupakan pengasas Wawasan 2020.
Logo tahun Melawat Malaysia 2020 itu mendapat kritikan yang teruk dari media sosial berhubung rekaan grafiknya.

Logo yang dilancarkan pada perhimpunan negara-negara ASEAN di Chiang Mai, Thailand baru-baru ini turut mendapat perhatian komuniti pereka grafik di Facebook Grafik Malaya.

Rata-rata mereka mengkritik dan meluahkan rasa kecewa terhadap kualiti serta konsep persembahan logo tersebut yang disifatkan tidak menepati taraf selayaknya.

Walaubagaimanapun,  Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Datuk Seri Nazri Aziz sebelum ini dilaporkan berkata logo tersebut akan terus digunakan.

Rasuah: 13 lagi akaun bernilai RM1.1 juta dibekukan

THE MALAYSIAN TIMES



ALOR SETAR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan 13 lagi akaun bernilai RM1.1 juta hari ini susulan penahanan tiga individu termasuk Pengarah
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bersama dua pemilik syarikat kontraktor semalam.

Pengarah SPRM Kedah Datuk Mohd Fauzi Mohamad berkata, akaun-akaun bank itu merupakan milik kepada pengarah berkenaan, anak-anaknya serta seorang daripada pemilik syarikat tersebut.

“Kemungkinan ada lagi tangkapan dilakukan berhubung kes ini bagaimanapun SPRM masih menjalankan siasatan lanjut,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Ikrar Bebas Rasuah Lembaga Kemajuan Pertanian Persekutuan (FAMA) Kedah di sini hari ini.

Semalam SPRM dilaporkan menahan pengarah berumur 60 tahun itu bersama pemilik dua syarikat kontraktor berumur 39 dan 50 tahun di pejabat SPRM negeri.

SPRM turut menyita akaun bank RM2.9 juta dan merampas wang tunai berjumlah hampir RM900,000 di rumah seorang pemilik syarikat yang ditahan itu.

Pengarah terbabit disyaki menerima wang rasuah 10 peratus bagi setiap projek yang dianugerahkan JPS di sebuah negeri kepada kontraktor-kontraktor dilantik sejak 2014 hingga 2017.

Dua individu yang merupakan pemilik syarikat itu, dipercayai bersubahat dengan pengarah tersebut.
Ketiga-tiga individu berkenaan, direman selama seminggu bermula hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen17(a) dan Seksyen 23 Akta SPRM serta Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.– Bernama

Jangan dekati ular jika tiada pengetahuan

THE MALAYSIAN TIMES
 


KANGAR: Orang ramai dinasihatkan agar tidak mendekati atau menangkap sebarang jenis ular jika tidak mempunyai pengetahuan tentang cara mengendalikan reptilia merbahaya itu kerana ia berpotensi membunuh walaupun bersaiz kecil.

Petugas di Taman Ular dan Reptilia Negeri Perlis, Azri Ahmad menyifatkan ular sebagai haiwan yang unik dan tidak boleh dikendalikan dengan hanya berbekalkan keberanian semata-mata.

“Saya hilang separuh jari telunjuk akibat dipatuk ular kapak yang saiznya kecil sahaja, itu pun setelah mendapatkan rawatan segera dan saya sendiri mempunyai pengetahuan tentang cara berhadapan dengan situasi seperti dipatuk ular.

Ular sawa pula misalnya, ramai beranggapan ia tidak merbahaya kerana tidak berbisa, namun ular sawa sebenarnya mempunyai kekuatan untuk membunuh mangsa dengan belitannya walaupun beratnya tidak sampai 20 kilogram,” katanya kepada Bernama dekat sini, hari ini.

Beliau yang berpengalaman mengendalikan ular lebih 13 tahun berkata, jika berjumpa dengan reptilia itu, seeloknya jauhi dan segera hubungi mereka yang pakar seperti pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) atau pihak bomba.

“Jika berhadapan dengan ular berbisa dan anda berada terlalu hampir dengannya (jarak selamat lebih kurang dua meter), jangan panik, sebaliknya ‘matikan diri’ sehingga ular itu berlalu kerana ia biasanya tidak menyerang jika tidak berasa terancam.

Diingatkan juga sesiapa yang dipatuk ular, pastikan segera ke hospital dan kenal pasti apakah jenis ular yang mematuk kita, sama ada berbisa atau tidak, tetap kena ke hospital untuk dapatkan rawatan, jangan pandai-pandai sendiri dengan amalkan petua sebagainya kerana nyawa boleh terancam,” kata Azri.

Dalam pada itu Azri berkata, sekiranya berhadapan dengan kejadian mangsa dibelit ular sawa, kurangkan pergelutan dan patahkan hujung ekornya sebelum cuba meleraikan belitan kerana bahagian itu sangat sensitif apabila disentuh dan ia akan menjadi lemah.

“Lagi banyak kita bergerak dan lawan ular sawa ini, dia menjadi semakin agresif dan belitannya akan menjadi semakin kuat,” katanya.

Sementara itu, seorang peminat ular yang dikenali sebagai Zack, 40-an, berkata walaupun berpengalaman mengendalikan ular sawa lebih empat tahun, beliau sentiasa berhati-hati dan berwaspada bagi mengelakkan insiden tidak diingini.

“Jika ular lain, kekuatannya pada bisa, tetapi ular sawa menggunakan kekuatannya untuk membunuh. Walaupun bersaiz lebih kurang dua meter, kena ada dua atau tiga orang untuk kendalikan ia,” katanya.– Bernama

Jawatankuasa khas kaji undang-undang baharu kekang berita palsu

THE MALAYSIAN TIMES



PUTRAJAYA: Kerajaan menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi mengkaji undang-undang baharu untuk membendung berita palsu yang boleh mengancam kestabilan politik, menggugat ketenteraman awam dan keselamatan negara.

Menteri dii Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said berkata jawatankuasa itu bermesyuarat buat kali pertama minggu lepas dengan dihadiri wakil Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Peguam Negara, Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Majlis Keselamatan Negara serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia.

Beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak juga bersetuju supaya jawatankuasa itu turut disertai badan bukan kerajaan (NGO) yang berkaitan serta Anggota Parlimen.

“Ini bagi memastikan usaha kerajaan dalam menangani isu ini mendapat sokongan pelbagai pihak dan melalui proses perundingan bersama-sama semua pihak berkepentingan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata jawatankuasa khas itu akan mengkaji undang-undang yang berkaitan dan peruntukan dalam undang-undang baharu untuk pertimbangan Kabinet.

Azalina berkata kerajaan juga berharap undang-undang baharu itu boleh dibawa ke Parlimen pada sesi yang akan datang.
 
Buat masa ini, katanya, terdapat beberapa akta berkaitan isu itu seperti Seksyen 8A Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 yang diperkenalkan sejak 30 tahun lepas.

“Oleh itu, wajar bagi kerajaan meneliti sama ada peruntukan sedia ada masih boleh diguna pakai untuk menangani ancaman baharu yang bukan sahaja diterbitkan dalam bentuk cetakan dan penyiaran malah dalam platform media dalam talian,” katanya.

Beliau berkata langkah baharu untuk menangani penularan berita palsu perlu diambil supaya orang ramai lebih bertanggungjawab dalam menghasilkan, menyebarkan dan berkongsi berita tidak sahih serta memastikan keselamatan negara terus dipelihara.

Pada Ahad lepas, Perdana Menteri berkata kerajaan akan mengkaji untuk memperkenalkan undang-undang bagi mengekang berita palsu, susulan langkah beberapa negara memperkenalkan undang-undang serupa.

Menurut laporan media, Perdana Menteri Britain Theresa May mahu menubuhkan sebuah unit baharu bagi meningkatkan usaha menangani penyebaran berita palsu dan menghalang kempen penyaluran maklumat tidak betul oleh negara lain.

Sebelum ini, Presiden Perancis Emmanuel Macron dilaporkan berkata mahu memperkenalkan satu undang-undang baharu yang mengharamkan berita palsu di internet ketika kempen pilihan raya negara itu berlangsung.

PPBM urus parti tak mampu, nak perintah negara?


Muhamad Izwan Mohd Zubit


Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (tengah) dan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein (kiri) bercakap pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato Onn, PWTC, Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR
 

KUALA LUMPUR – Kegagalan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menguruskan parti dengan baik menunjukkan mereka sebenarnya pun tidak mampu untuk memerintah negara dengan baik, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri tidak yakin dengan kemampuan PPBM yang kononnya mahu menjadi pengganti kepada UMNO kerana  mengadakan mesyuarat peringkat akar umbi pun gagal.

Malah mereka melanggar perlembagaan parti sendiri yang mereka cipta.

“Kita tak nampak dari segi prinsip perlembagaan, kalau kita buat perlembagaan sendiri, kita kena patuh pada perlembagaan kita.

“Saya diberitahu peringkat cawangan, bahagian mereka (PPBM) tak ada mesyuarat, alih-alih peringkat nasional ada perhimpunan, kita tak tahu macam mana perwakilan itu datang?

“Jadi, maknanya pengurusan parti sendiri boleh dipersoalkan daripada segi perlembagaan yang mereka sendiri tentukan dan diluluskan mereka dan adakah ini petanda mereka boleh jalankan tanggungjawab lebih besar? ” soal Najib pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO hari ini.

Sebelum ini, sebanyak lapan bahagian parti itu mendakwa pucuk pimpinan PPBM gagal mengadakan mesyuarat agung peringkat bahagian dan cawangan.

Ia menyebabkan ahli-ahli parti diketuai Tun Dr. Mahathir Mohamad itu tidak mengetahui status kesahihan jawatan dan kedudukan parti sehingga kini.

Beberapa laporan aduan juga dibuat oleh pemimpin Bahagian PPBM kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) yang mempersoalkan sama ada Perhimpunan Agung PPBM pada Disember lalu sah atau pun tidak kerana gagal menjalankan mesyuarat peringkat bahagian dan cawangan.

Krisis melibatkan blok Pakatan Harapan (PH) juga semakin meruncing susulan pengumuman pencalonan Mahathir sebagai Perdana Menteri Ke-7 yang menimbulkan bantahan daripada penyokong PH sendiri.

Terbaharu, kemelut pembahagian kerusi juga melanda blok pembangkang itu apabila terdapat rakan parti komponen tidak berpuas hati kerana mendapat sedikit kerusi.

Malah Konvensyen PH Negeri Sembilan baru-baru ini tercetus pergaduhan ekoran ahli PPBM negeri yang mengamuk sehingga Presiden PH, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail terpaksa menamatkan awal ucapannya ketika majlis tersebut. – MalaysiaGazette


Pakatan Harapan Undang Campur Tangan Asing – Anifah





Pada 25 Januari Pakatan Harapan telah mengadakan pertemuan dengan Duta-Duta Besar EU dan telah membangkitkan isu-isu negatif terhadap negara. Pertemuan ini jelas mengundang campur tangan asing dalam urusan negara serta perkara-perkara yang dibangkitkan telah menjejaskan maruah dan kedaulatan negara.

Dalam pertemuan tersebut, Pakatan Harapan membangkitkan isu-isu berhubung pentadbiran negara serta meminta campur tangan negara asing dalam negara kita. Ini jelas menjejaskan usaha-usaha Kerajaan dalam mempertahankan kedaulatan serta imej negara termasuklah usaha Kerajaan dalam mempertahankan industri kelapa sawit negara yang boleh memberikan kesan langsung terhadap ratusan ribu pekebun kecil yang bergantung kepada industri ini untuk kehidupan harian mereka.

Politik sempit Pakatan Harapan telah merumitkan strategi dan dasar Kerajaan untuk membela rakyat negara ini.

Dalam masa Malaysia diiktiraf dan disanjung di pesada dunia, dan ketika ekonomi negara sedang rancak bergerak kepada pertumbuhan yang kukuh, politik Pakatan Harapan yang mengundang penglibatan luar mempamerkan niat sebenar pihak pembangkang tersebut yang membelakangkan kedaulatan negara dan kesejahteraan rakyat.

Kita difahamkan bukanlah menjadi hasrat Duta-Duta Besar EU untuk mendengar tuduhan-tuduhan negatif Pakatan Harapan terhadap Kerajaan, namun tindakan Pakatan Harapan yang berusaha untuk melibatkan kuasa-kuasa asing, satu tindakan yang amat tidak patriotik dan sesungguhnya telah meremehkan maruah negara bangsa kita.

Malaysia sebagai sebuah negara demokratik dan yang bebas, tidak menghalang Duta-Duta Besar asing mengamalkan amalan diplomatik antarabangsa, selari dengan norma-norma dan nilai-nilai yang termaktub di dalam Konvensyen Vienna mengenai Hubungan Diplomatik 1961. Kerajaan tidak akan teragak-agak di dalam membela hak rakyat dan kedaulatan serta maruah negara untuk mengambil tindakan tegas yang sewajarnya ke atas mana-mana pihak asing yang melanggar norma-norma dan nilai-nilai yang termaktub dalam konvensyen tersebut.

Adalah jelas usaha-usaha pihak Pakatan Harapan merupakan satu politik terdesak yang amat dikesali kerana ianya mengundang campurtangan dan tekanan kuasa asing ke atas nilai-nilai dan prinsip serta amalan demokrasi yang diamalkan oleh rakyat Malaysia. Ini merupakan satu lagi helah dan hipokrasi yang menjadi teras politik Tun Dr. Mahathir Mohamad yang nyata telah membelakangkan kepentingan negara dan rakyat demi untuk meraih kuasa. Pada ketika beliau menjadi Perdana Menteri, beliau merupakan seorang yang amat kritis terhadap negara-negara Barat. Tindakan Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Pakatan Harapan melibatkan Duta-Duta asing dalam usaha untuk meremehkan strategi Kerajaan harus menjadi satu kejutan akan siapa sebenarnya yang menjulang dan mempertahankan hak serta martabat dan kedaulatan negara.

*DATO’ SRI ANIFAH AMAN, Menteri Luar Negeri