SEMPORNA
– Lima puluh penduduk penduduk terjatuh ke dalam laut ketika menghadiri
program Tautan Kembali selepas kawasan tempat mereka berdiri di
perkarangan sebuah rumah di atas air, roboh dalam kejadian di Kampung
Bangau-Bangau di sini, petang semalam.
Wartawan
Bernama menyaksikan sebahagian kecil penduduk kampung jatuh ke laut
selepas sebahagian kawasan tempat berlangsungnya program Tautan Kembali
itu roboh tiba-tiba, sehingga mengejutkan orang ramai yang hadir,
termasuk Pembantu Menteri Kewangan Sabah, Datuk Ramlee Marahaban yang
ketika itu sedang berucap.
Dalam
kejadian 2.50 petang itu, seorang wanita cedera di kepala, dan mangsa
lain termasuk beberapa kanak-kanak kecil serta ibu mengandung yang turut
terjatuh, terselamat.
Sebelum
kejadian itu, lebih 1,000 penduduk Kampung Bangau-Bangau yang menghadiri
majlis tersebut sedang mendengar ucapan Ramlee mengenai UMNO.
Susulan
kejadian itu, Ramlee yang juga Timbalan Ketua Penerangan UMNO Sabah
memberi jaminan akan menyalurkan peruntukan antara RM20,000 dan RM30,000
untuk membaiki kawasan perkarangan yang roboh tersebut dalam tempoh
seminggu.
“Kami tidak menjangkakan begitu ramai penduduk yang hadir pada program petang ini dan sehingga berlaku kemalangan ini.
“Syukur
tidak ada yang melibatkan kemalangan jiwa, saya juga terkejut dengan
insiden yang berlaku ini,” kata Anggota Dewan Undangan Negeri Bugaya itu
kepada pemberita selepas menyempurnakan program itu.
No comments:
Post a Comment