MALAYSIADETELINE
Tindakan kerajaan melayan skandal 1MDB seolah-olah ia bahan jenaka
menunjukkan betapa buruknya amalan siasatan terpilih di negara ini,
selar ahli parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua.
Mengulas kenyataan timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk
Wira Razali Ibrahim yang mahu semua pihak bersabar menunggu hasil
siasatan skandal 1MDB, Tony berkata laporan polis pertama terhadap 1MDB
dibuat pada 2014 namun hanya pada Jun 2015 Menteri Dalam Negeri
memaklumkan kertas siasatan telah dirujuk kepada Peguam Negara pada Mac
tahun yang sama.
“Ini bermakna sudah lebih dua tahun berlalu, kertas siasatan itu
masih berpindah tangan antara Peguam Negara dan polis,” katanya dalam
satu kenyataan hari ini.
Beliau membuat perbandingan siasatan SPRM ke atas Ketua Menteri Pulau
Pinang, Lim Guan Eng yang dilakukan dalam tempoh dua bulan.
Tony justeru mempersoalkan mengapa tahap kecekapan yang ditunjukkan
pihak berkuasa dalam menyiasat pemimpin pembangkang tidak berlaku dalam
skandal 1MDB.
“Dengan kehilangan berbilion ringgit dana awam negara yang dipercayai
digunakan bagi
menampung gaya hidup sesetengah pihak, perlu untuk kami
bertanya siapa sebenarnya yang kerajaan pertahankan… rakyat atau
penyangak yang berada di tampuk kuasa?” soal beliau.
Razali ketika ditanya pemberita berhubung perkembangan siasatan
skandal 1MDB dipetik sebagai berkata, “Orang Cina kata ‘man man lah
man-man’ (perlahan-lahan lah, perlahan-lahan)… Jadi kita tunggu perkara
yang sedang disiasat oleh pihak berkaitan, insya Allah kebenaran itu
akan terbukti”.
No comments:
Post a Comment