Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah
Dakwah paling besar dalam sejarah di Malaysia apabila bukan Islam dibawa berlindung di masjid ketika banjir di Pulau Pinang
SAYA
berasa sangat tersentuh apabila menonton video Ketua Menteri Pulau
Pinang merayu kepada TPM (Kerajaan Pusat) untuk membantu negeri itu yang
dilanda banjir yang mengejutkan dalam sejarah. Dalam keadaan sebak,
beliau bercakap dan mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada
TPM kerana sanggup menjawab panggilan telefonnya pada jam 3.30 pagi.
Alhamdulillah, bantuan segera telah dihulurkan oleh Kerajaan Pusat tanpa memilih bulu.
Inilah
sifat negarawan yang selama ini saya nukilkan. Apabila kita dilantik
memegang jawatan, sama ada dalam kerajaan negeri atau Kerajaan Pusat,
kita adalah negarawan. Kita kepunyaan semua, kepunyaan rakyat, bukan
hanya terhad kepada parti politik dan ahli-ahlinya.
Jangan ada yang berkata selepas ini dengan musibah yang menimpa Pulau Pinang dengan kata-kata: “Rasakan, padan muka kau”.
Sifat
negarawan sebegini turut dikongsikan oleh Menteri Besar Kelantan. Lantas
dengan segera meluluskan peruntukan RM50,000 dan mengerahkan
sukarelawan PAS untuk membantu. Apalah nilai RM50,000 pada masa kini.
Namun, bukan jumlah yang menjadi sandaran, keikhlasan manusia yang
bergelar hamba, yang tidak sanggup melihat sesama saudara mereka
menderita menjadi keutamaan.
Saya masih
tidak lupa, ketika Kelantan dilanda banjir, ultra kiasu ini datang
membantu, diikuti dengan sindiran tajam dan sinis kepada PAS. Negeri
Serambi Makkah yang menjunjung Islam pun turut menerima musibah?
Terfikir juga saya apakah itu bermakna tidak akan berlaku apa-apa
kemalangan di kawasan Kaabah atau Makkah? Apakah kita sudah lupa tragedi
kren jatuh di Masjidil Haram pada September 2015?
Ujian
Allah boleh berlaku di mana-mana, tidak kiralah sama di kawasan Serambi
makkah atau tidak atau di dalam kawasan Kaabah itu sendiri.
Nasib
baiklah Menteri Besar Kelantan tidak memulang paku buah keras. Dalam
laman sosial PAS, semua perkara baik-baik dilontarkan. PAS sanggup
melupakan ‘dendam politik’, bantuan kemanusiaan dikerahkan. Kita adalah
sesama insan. Lantas cahaya bulan menyinari di Pulau Pinang.
Saya amat
yakin umat Islam di negara ini sentiasa berpegang kepada ibrah yang
ditunjukkan oleh Baginda Rasullah SAW Jika dengan Yahudi pun Islam masih
boleh berlembut, masalah isu yang sebegini kita masih memilih bulu.
Kita tentu
ingat, peristiwa Rasulullah SAW dengan musuh tegar Islam, Yahudi.
Apabila mayat Yahudi lalu di hadapan Baginda SAW, tiba-tiba Baginda
bingkas bangun sehingga para sahabat terpinga-pinga dan bernyata:
“Kenapa kamu bangun Ya Rasulullah, bukankah itu mayat Yahudi, musuh
Islam yang selama ini menghina dan merancang membunuh kamu?”. Baginda
menjawab; tidakkah kamu sedar bahawa Yahudi juga adalah makhluk Allah.
Atas dasar itulah Baginda bangun memberikan penghormatan.
Banyak
lagi kisah bagaimana lunaknya Baginda SAW berhadapan dengan musuh-musuh
Islam. Atas dasar inilah, pimpinan negara tidak mengambil pendekatan
membalas dendam, kerana sifat Islam tidak sedemikian. Malah, air mata
mengalir apabila menatap video dan gambar bagaimana umat Islam di sana
menawarkan masjid dan surau untuk mangsa banjir berlindung, tidak kira
sama ada Islam atau tidak.
Saya lihat
ada yang tidak berbaju, berseluar pendek dan berskirt berada dalam
masjid. Mereka ini semua saudara sebangsa saya. Inilah dakwah yang
paling besar dalam sejarah. Terima kasih umat Islam Pulau Pinang.
Marilah
wahai saudaraku, terutama ultra kiasu, buang sifat bongkak, mari kita
bekerjasama dalam perkara yang membabitkan kebajikan negara dan rakyat.
Jangan terlalu beremosi dengan mengeluarkan kenyataan dan sindiran yang
menyakitkan hati.
Misalnya,
dalam isu Oktoberfest atau pesta arak yang dikaitkan dengan Taliban.
Saya tidak kata, ini adalah balasan Allah kerana kelangsungan
Oktoberfest. Tetapi, setiap perkara yang berlaku pasti ada pengajaran
tersirat dan tersurat.
Cuma saya
ingin mengimbau semula kata-kata ultra kiasu sebelum ini; Pulau Pinang
tidak ada masalah dengan arak, sebab kami bukan negara Taliban. Ultra
kiasu turut menawarkan sesiapa yang mahu minum arak datanglah ke Pulau
Pinang.
Apakah
dengan tidak ada label atau istilah Taliban, keadaan akan menjadi lebih
baik? Menghalalkan arak yang diharamkan oleh semua agama dikatakan tidak
Taliban. Hari ini negeri yang tidak Taliban dilanda musibah. Apakah
negeri Taliban sanggup berdiam diri?
Kenapa
kita tidak kisah dengan arak, tetapi amat kisah atau mengambil berat
mengenai Taliban. Sejak bila Taliban menyusahkan kita. Sejak bila
Taliban wujud di negara ini? Sikit-sikit Taliban. Janganlah kaitkan arak
dengan Taliban. Kecil sangat isunya. Jika nak kaitkan dengan Taliban,
cuba buat perbandingan. Siapa yang lebih kejam berbanding Taliban?
Sesungguhnya
tidak ada Taliban di negara kita. Saya masih tidak dapat lupa kata-kata
filem Kurbaan yang dibintangi oleh Vivek Oberoi dan Saif Ali Khan
apabila memberikan kuliah bertajuk jihad daripada kisah benar. Islam
dikaitkan dengan terrorisme, Taliban dan lain-lain istilah negatif yang
bercanggah dengan cara hidup Islam. Klik dialog mereka dalam link
berikut. https://www.youtube.com/watch?v=Tv4iBGjJbaw.
Begitu
juga Peristiwa 911, siapa yang membuat serangan ke atas menara berkembar
AS mengorbankan 3,000 nyawa dikaitkan dengan perbuatan Taliban yang
tidak dapat dibuktikan sampai sekarang? Jika benar pun perbuatan
Taliban, cuba bandingkan dengan berapa pula nyawa umat Islam yang
terkorban apabila Agfhanistan dibom oleh kuasa besar?
Lebih
15,000 terkorban begitu sahaja. Itu adalah angka yang konservatif.
Mungkin sekali ganda lebih. Kira-kira lebih 50 tan bahan letupan
digugurkan ke atas orang awam Islam yang tidak berdosa. Perbuatan
Taliban kah semua ini?
Taliban
adalah ciptaan CIA AS untuk menentang Rusia, selain untuk
memburuk-burukkan Islam dan membolehkan mereka campur tangan dalam hal
ehwal negara Islam seperti yang telah mereka lakukan di Iraq. Atas
alasan untuk mencari senjata pemusnah di Iraq, maka ia menghalalkan AS
untuk campur tangan sehingga memusnahkan sebuah negara.
Berapa
ramai umat Islam yang menjadi korban, 500,000, angka konservatif. Apa
kuasa besar seperti AS dan Britain respon apabila senjata pemusnah tidak
dijumpai di Iraq? Mereka berkata, maaf. Adakah pembunuhan ke atas
jutaan manusia yang dilakukan oleh bukan Taliban boleh diterima dengan
permohonan maaf. Sehingga kini mereka masih terus menguasai Iraq.
Jika dapat
saya lontarkan semula kata-kata seorang sarjana Muslim di German,
apabila Islam dikaitkan dengan Taliban dan keganasan. Siapa yang menjadi
dalang mencetuskan Perang Dunia I dan II? Siapa pula yang bunuh 20 juta
Orang Asli di Australia? Siapakah yang mengebom Hiroshima dan Nagasaki
di Jepun hingga menjadi padang jarak padang tekukur?
Siapakah
yang membunuh lebih 100 juta orang India di Amerika Utara? Siapakah yang
membunuh 50 juta orang Red Indian di Amerika Selatan? Siapakah
menghambakan kira-kira 180 juta orang Afrika. Siapa pula yang
mencampakkan 88 peratus daripada mereka yang terbunuh ke dalam lautan
Atlantik? Adakah semua ini perbuatan umat Islam?
Ini tidak termasuk lagi kekejaman komunis.
The
Black Book of Communism, which came out in 1997, estimated that some 95
million people were either killed or made to starve to death in the
communist attempt to create an egalitarian paradise on earth. Current
research puts the number of victims of communism anywhere between 43
million and 162 million. As such, the original 100 million figure
remains a remarkably accurate midway point. It is, also, a figure so
large that people may have difficulty comprehending it without
additional context. Leaving the (rightly) well-known example of the
Holocaust aside, let us look at some other bywords for human cruelty
(Marian L Tupy, 2017)
Pernahkah
Taliban yang dikatakan dipelopori oleh orang Islam melakukan kezaliman
sedemikian rupa? Saya memohon ketua ultra kiasu supaya tidak bersangka
buruk dengan Islam. Hari ini, ‘taliban-taliban’ inilah yang datang
berbondong-bondong ke Pulau Pinang untuk membantu atas dasar Islam.
Mereka membuka surau dan masjid untuk mangsa banjir berlindung. Bantuan
Islam merentasi agama, bangsa dan warna kulit.
Ingin saya
tegaskan bahawa Islam adalah agama yang indah. Pernah memerintah dua
pertiga dunia dengan membawa kebaikan dan rahmat kepada seluruh alam.
Bermulanya di Madinah, seterusnya berkembang ke seluruh Tanah Arab,
benua Afrika, sebahagian Eropah, Asia Tengah, China dan Asia Tenggara.
Buktinya,
pergilah seluruh ceruk rantau, di situ pasti ada orang Islam. Ketika
dunia berada dalam keadaan kegelapan (dark ages), dunia Islam bercahaya
dengan ilmu sains dan teknologi.
Cahaya ini
jugalah yang menyinari Andalusia, Cordoba, Sepanyol suatu ketika
dahulu. Kotanya bermandikan nur kasih Islam yang begitu menakjubkan.
Sehinggakan masyarakat Eropah berhampiran mengagumi Islam. Mereka datang
menimba ilmu dengan ilmuwan Islam dalam pelbagai bidang ilmu
pengetahuan.
Tidak
ketinggalan, ada yang datang dan sanggup bernaung di bawah kerajaan
Islam untuk mengelakkan kezaliman kerajaan Rom dan Parsi. Kenapa mereka
begitu mempercayai Islam? Jawapannya mudah. Islam adalah agama hikmah.
Islam tidak zalim dan menzalimi. Kedatangan Islam membawa hikmah.
Justeru, kurangkan bersangka buruk terhadap Islam. Pasti keberkatan
datang menghampiri.
Kenapa
hari ini Islam dimusuhi hanya kerana Islam tidak dapat duduk bersama
mereka yang engkar terhadap ajaran agama mereka sendiri. Islam
mengharamkan arak, agama mereka juga sama mengharamkan. Kenapa Islam
dilabelkan dengan Taliban?
Menurut M.
Najhan (2017), Islam tidak perlu menempel atau ditempelkan dengan
sistem atau isme lain untuk menjadi kuat dan berupaya. Ia tidak perlu
diprogresifkan untuk kononnya menjadi lebih berupaya. Ia tidak perlu
disekularkan untuk menjadi lebih maju. Ia tidak perlu ditalibankan untuk
memberi keberkesanan pada amalinya. Ia tidak perlu didemokrasikan untuk
menjadikannya lebih demokratik.
Jika
diamati secara mendalam, segala yang ingin dicapai seperti maju,
demokratik, berpandangan jauh, bertamadun dan berdaya saing, semuanya
sudah ada dalam Islam. Hanya mereka yang jahil Islam sahaja tidak
menemuinya, sehingga terpaksa meminjamkannya daripada agama lain dan
pegangan lain yang tersasar daripada prinsip Islam.
Pendek
kata, Islam tidak pernah bersetuju dengan tindakan Taliban, jika pun
benar mereka yang lakukannya. Jika Islam mengharamkan arak, judi, seks
bebas dan kemungkaran yang lain, yakinlah bahawa agama lain pun
bersependapat. Mana mungkin Islam mengharamkan, agama lain menghalalkan.
Jika begitu maksud agama, terlalu hina agama itu.
Justeru,
insaflah wahai semua, kita hanyalah hamba. Kita tidak mampu untuk
melawan kehendak Pencipta meskipun sehebat mana pun kita. Jangan terlalu
bongkak, pasti satu hari Allah akan turunkan ujian untuk kita. Jika di
sisi Kaabah, Makkah pun ada ujian, inikan mereka yang tinggal di
serambi, apatah lagi yang jauh daripada serambi.
*Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah.Profesor Fakulti Pengajian Umum dan Pendidikan Lanjutan (FUPL). Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
No comments:
Post a Comment