Friday, August 25, 2017

SPRM rekod keterangan empat individu berkaitan bayaran RM16 juta MBI kepada Jana Niaga

ANTARAPOS.COM

 
Post Pic
 
 
PUTRAJAYA: Empat keterangan individu sudah diambil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan pembayaran RM16 juta yang dilakukan Menteri Besar Incorporated (MBI) kepada syarikat kontraktor, Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB).
 
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki berkata siasatan terhadap dakwaan itu bermula sejak dua hari lalu dan pihaknya masih mengumpul keterangan dari saksi-saksi berkaitan.
 
Siasatan terhadap MBI juga dilakukan berdasarkan kepada aduan yang diterima SPRM.
 
"Bila kita siasat bermakna ada aduan diterima," katanya kepada pemberita diminta mengulas mengenai siasatan SPRM ke atas MBI selepas upacara menaikkan bendera SPRM di bangunan baharu SPRM di Presint 7 di Putrajaya hari ini.
 
Selasa lalu SPRM membuat serbuan terhadap Unisel Shah Alam, Unisel Bestari Jaya, Pejabat Menteri Besar Incorporated (MBI) dan pejabat operasi JNSB.
 
Sebelum ini satu gesaan dibuat Pemuda Umno Kelana Jaya kepada SPRM untuk menyiasat Azmin berhubung bayaran RM16 juta yang dikatakan diberi kepada kontraktor Unisel yang ditamatkan perkhidmatannya.
 
Bayaran itu dikatakan dilulus oleh Pendidikan Industri YS Sdn Bhd yang dipengerusikan Azmin kepada JNSB pada 9 Mac 2015 dan 24 Jun 2016.
 
Bagaimanapun MBI mendakwa bayaran berkenaan dibuat kepada JNSB mengikut keputusan timbang tara mahkamah.
 
MBI bagaimanapun pada 25 Julai lalu berkata tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang mendakwanya terbabit dengan rasuah berkaitan pembayaran kepada JNSB.
 
 

No comments: