Bekas menteri undang-undang Datuk Zaid Ibrahim berterima kasih kepada
Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mengumumkan tidak akan menawarkan diri
sebagai calon Pakatan Harapan (HARAPAN) untuk jawatan perdana menteri.
"Anwar telah membuat pengorbanan yang cukup besar, bergerak ke hadapan untuk lebih banyak perkara utama bagi membentuk kerajaan baru," kata Zaid dalam blog beliau.
Baru-baru ini, ketua umum PKR itu berkata beliau berbuat demikian demi menggalakkan HARAPAN memberi tumpuan kepada pilihan raya umum dan bukannya bertelingkah mengenai siapa yang akan menjadi perdana menteri jika pakatan pembangkang menang.
Dalam catatan yang sama, Zaid turut 'mengumumkan' senarai kabinet bayangan Pakatan Harapan (HARAPAN) mengikut firasat beliau bagi membuktikan pembangkang bersedia untuk mengambil alih Putrajaya.
"Sementara menunggu pemimpin pembangkang untuk bersetuju siapa yang patut menjadi perdana menteri, mengapa tidak selami senarai saya mengenai anggota kabinet dalam kerajaan baru.
"Ia juga akan mengelakkan pertikaian baru daripada meletus di kalangan semua pihak, yang hanya akan melemahkan pakatan rapuh ini," jelasnya.
Bagi jawatan perdana menteri, Zaid tetap dengan pilihannya seperti sebelum ini bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan calon paling layak untuk menduduki kerusi itu.
Bagi jawatan timbalan perdana menteri pula, Zaid mencadangkan ia dibiarkan kosong sambil membayangkan Anwar mungkin sesuai menduduki kerusi tersebut setelah proses pembebasan dan 'penempatan' beliau selesai.
Tan Sri Muhyiddin Yassin pula, katanya, wajar dinobatkan sebagai menteri minyak dan tenaga dengan Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) diletakkan di bawah kementerian itu, berlainan dengan sistem sekarang yang mengamalkan kawalan perdana menteri secara solo ke atas firma gergasi tempatan itu.
"Akta Pembangunan Petroleum 1974 perlu dipinda untuk tujuan ini dan isu berkaitan dividen Petronas dan kontrak besar yang diputuskan oleh firma itu sahaja," ujarnya.
Zaid turut mencadangkan Datuk Seri Azmin Ali diangkat menjadi menteri kewangan manakala pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang pula menerajui kementerian pendidikan.
Kementerian Dalam Negeri pula diberikan kepada pemimpin dari BERSATU, katanya.
Pada masa yang sama, Zaid turut memetik beberapa nama lain seperti R. Sivarasa daripada PKR bagi menjadi peguam negara, Tony Pua dari DAP diangkat menjadi menteri perdagangan serta Rafizi Ramli mengepalai kementerian baru yang menjaga hal-ehwal MARA, Felcra, Risda, Felda and Tabung Haji.
"Saya juga cadangkan Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dari AMANAH mengetuai kementerian baru yang menjaga hal-ehwal agama, Mohamad Sabu dari parti yang sama menjadi menteri pertahanan dan kementerian pengangkutan diserahkan kepada Liew Chin Tong dari DAP," tambah Zaid.
Nama-nama lain yang turut dicadangkan Zaid ialah Saifuddin Nasution Ismail dari PKR untuk menjawat kerusi menteri telekomunikasi, sains dan teknologi, pemimpin kanan BERSATU untuk jawatan menteri luar dan Nurul Izzah Anwar mengambil alih kementerian Wilayah Persekutuan.
"Syed Saddiq Abdul Rahman wajar dilantik menjadi menteri belia dan sukan manakala jawatan menteri pembangunan wanita dan perkembangan kanak-kanak diberikan kepada pemimpin wanita DAP," katanya lagi.
Yang anehnya, Zaid langsung tidak menyebut nama ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sama ada kekal di jawatan yang sama atau diangkat untuk mengepalai mana-mana kementerian.
Zaid juga tidak menyebut nama Datuk Seri Mukhriz Mahathir dalam cadangan beliau mengenai kabinet HARAPAN itu.

No comments:
Post a Comment