Tuesday, June 6, 2017

Tolong hormat sensitiviti orang Islam' - TPM

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
IPOH: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengarahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengharamkan penganjuran Himpunan Jerusalem's Jubilee yang dirancang di Melaka pada 15 hingga 18 Jun ini. 
 
Timbalan Perdana Menteri berkata, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron juga dalam kenyataannya hari ini sudah menafikan memberikan kelulusan penganjuran program berkenaan. 
 
"Mungkin ada di kalangan kita yang tak tahu sejarah Jerusalem atau Baitulmaqdis adalah kota suci pelbagai agama, Masjid Baitulmaqdis adalah adalah masjid ketiga paling suci. 
 
"Tetapi Yahudi telah cuba untuk meruntuhkan Baitulmaqdis dari bawah dan korek asas masjid supaya mahu ia diruntuhkan dan ini sangat sensitif dalam kalangan umat Islam. 
 
"Hari ini kalau ada orang yang mahu merayakan ulang tahun ke-50 penjajahan Israel kepada tanah Palestin kita umat Islam tak mahu mana-mana pihak melukai hati orang Islam di Malaysia untuk merayakan kemenangan Isreal menjajah Palestin," katanya. 
 
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Penerapan Nilai Murni Timbalan Perdana Menteri Bersama Warga Kementerian Dalam Negeri Peringkat Negeri Perak, di Masjid An Nur Ulu Kinta di sini. 
 
Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah. 
 
Ahmad Zahid berkata, apabila hati umat Islam tersentuh, terhiris apatah lagi dilukai, beliau sebagai menteri bertanggungjawab mengarahkan ia diharamkan dan mesej berkenaan adalah terang dan jelas. 
 
"Saya ingin ingatkan diri saya dan semua, kita (rakyat Malaysia) hidup dalam pelbagai agama, sunatullah meletakkan Malaysia negara pelbagai agama pelbagai kaum, bahasa, budaya dan latar belakang berbeza. 
 
"Tetapi  tolong hormati orang Islam, agama lain boleh diamalkan tetapi tolong hormat agama kami (Islam) terlebih dulu, untuk kami hormat agama lain. 
 
"Tolong hormati sensitiviti orang Islam, mana mungkin orang Palestin yang dihalau dari negara mereka sendiri, dihalau dari Bukit Golan 50 tahun dulu, hari ini di Malaysia ada pihak yang mahu merayakannya," katanya.
 
 

No comments: