Kerajaan Negeri Selangor merancang untuk menjadikan program qiamullail sebagai program bulanan bermula Syawal nanti.
Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, idea itu timbul apabila melihat sambutan baik oleh masyarakat pada setiap program qiamullail di beberapa masjid khususnya Masjid Negeri, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.
“Saya lihat kalau inilah bulan pertarbiyahan untuk kita, kenapa tidak mungkin di bulan lain juga kita rencanakan program seumpama ini yang melibatkan masyarakat termasuk juga kepimpinan yang ada di Selangor.
“Kita adakan program munajat qiamullail bersama kepimpinan negeri, ketua kampung, nazir dan masyarakat negeri Selangor untuk kita bersama merayu bersama Allah agar diberikan hidayah, keampunan apa juga kesalahan dilakukan dan yang penting adalah menarik keberkatan Allah untuk bumi Selangor yang kita cintai ini,” katanya.
Ahmad Yunus berkata demikian pada program Qiamullail dan Sahur Perdana Peringkat Negeri Selangor di Masjid Negeri, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam, awal pagi tadi.
Jelasnya, program bulanan itu diadakan dengan mengikut kalendar hijrah dengan dimulakan pada bulan Syawal nanti.
“Sebagai inisiatif awal kita adakan sebulan sekali mengikut kesesuaian keadaan mungkin di peringkat masjid daerah dan negeri. Saya kira Insha-Allah banyak keberkatan kita perolehi nanti.
“Mungkin setiap bulan hijrah. Selepas qiamullail Ramadan ini, kita boleh buat pada Syawal ini dan bulan-bulan berikutannya,” katanya lagi.
SHAH ALAM, 18 JUN: Program Qiamullail dan Sahur yang diadakan di bulan Ramadan saban tahun menjadi inspirasi kepada Kerajaan Negeri untuk menjadikan program terbabit sebagai program bulanan.
Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, idea itu timbul apabila melihat sambutan baik oleh masyarakat pada setiap program qiamullail di beberapa masjid khususnya Masjid Negeri, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.
Program itu dihadiri lebih 5,000 muslimin dan muslimat bagi mengambil peluang peluang bermunajat pada 10 malam terakhir di bulan Ramadan.
“Alhamdullilah saya lihat kehadiran pada program ini agak ramai dengan muslimin dan muslimat yang hadir di mana saya menganggarkan lebih kurang 5,000 orang hadir atau mungkin lebih.
“Diharap semoga munajat kita diterima Allah sebagai amalan terbaik dan kita juga berdoa kepada Allah semoga ditemukan malam lailatul qadar di mana kita tak tahu sama ada malam ini atau bila tetapi yang penting kita meneruskan ketaatan kita kepada Allah,” katanya.
No comments:
Post a Comment