Pesuruhjaya Kehakiman D Sunita Kaur Jessy membuat keputusan itu setelah mendapati tuntutan plaintif Hawa Liyana Hashim, 34, adalah munasabah ekoran Plus gagal memastikan keselamatan pengguna lebuh raya.
Beliau mengarahkan Plus membayar pampasan sejumlah RM145,961.61 bersama RM10,000 untuk tuntutan kedukacitaan dan RM3,000 bagi kos pengebumian.
Peguamnya, Sukhdave Singh ketika ditemui berkata, plaintif telah memfailkan saman terhadap Plus pada Oktober tahun lalu di bawah Seksyen 7 Akta undang-Undang Sivil 1956.
Kes dibicarakan pada 22 Mei lalu dengan pihak plaintif mengemukakan dua saksi manakala, Plus yang diwakili peguamnya, Siti Aimuni Abd Latif telah mengemukakan tiga saksi.
Sementara itu, Hawa Liyana berasa berpuas hati dengan keputusan yang diterimanya itu dan berharap Plus akan lebih bertanggungjawab terhadap keselamatan pengguna lebuh raya.
“Diharapkan pihak Plus lebih bertanggungjawab bagi memastikan tiada objek boleh membahayakan kepada pengguna lebuh raya yang boleh menyebabkan kemalangan maut,” katanya.
Menurutnya, ketika kejadian beliau sedang mengandungkan anak keduanya, Nour Ehab Kamali yang kini berusia setahun sembilan bulan.
Dalam kejadian pada 29 April 2015 itu, Allahyarham Imran Kamali Ahmad Nadzirin, 45, yang menunggang motosikal jenis Harley Davidson maut di tempat kejadian selepas terbabas akibat terlanggar bongkah kayu.
Ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan dari Permatang Pauh, Pulau Pinang menuju ke Ibu Pejabat SPR Kuala Lumpur.
No comments:
Post a Comment