Kejadian berlaku kira-kira jam 4.45 petang semalam di Kilometer 386 Lebuhraya Utara Selatan (arah selatan).
Kemalangan itu turut membabitkan dua motosikal dan dua kereta, menyebabkan kesesakan sejauh hampir lima kilometer.
Ketua Polis Daerah Mualim, Superitendan Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, mangsa dikenali sebagai Riduan Ali,41, yang menunggang motosikal Kawasaki GTR 1400, maut di tempat kejadian selepas tercampak ke laluan kiri dan menimpa sebuah lagi motosikal yang melalui laluan berkenaan.
Katanya, siasatan awal mendapati, mangsa yang dalam perjalanan dari Ipoh menghala Kuala Lumpur dipercayai cuba memotong sebuah kereta di lorong kecemasan.
"Ketika cuba memotong, mangsa telah melanggar belakang sebuah pacuan empat roda yang pegun di lorong itu, dipercayai rosak.
"Akibat pelanggaran itu, mangsa tercampak di lorong sebelah kiri dan menimpa sebuah lagi motosikal yang berada di lorong berkenaan,"katanya.
Wan Kamarul Azran berkata, mangsa kemudian dilanggar oleh sebuah
motosikal lain dan dua lagi kereta jenis Proton Waja dan Perodua Myvi
yang melalui laluan itu," katanya, malam tadi.
Beliau berkata, dua lagi penunggang motosikal berkenaan dan pemandu pacuan empat roda cedera ringan, manakala pemandu kenderaan lain tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian itu.
Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Slim River untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga mangsa bagi urusan pengkebumian.
Mangsa yang cedera juga dihantar ke hospital sama untuk rawatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) (A) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

No comments:
Post a Comment