Ketua Pembangkang Datuk Seri Wan Azizah Ismail menuntut sidang tergempar parlimen diadakan segera.
Ini susulan saman sivil pelucuthakan terbaru Jabatan Keadilan (DOJ), Amerika Syarikat (AS) bagi merampas aset-aset berkaitan 1MDB.
“Mengadakan sidang tergempar di luar waktu persidangan Parlimen bukanlah amalan yang luar daripada kebiasaan.
“Terutama sekali apabila isu yang dibincangkan itu melibatkan kepentingan rakyat dan negara,” kata Azizah.
Beliau mengingatkan bahawa Malaysia pernah mengadakan sidang tergempar pada Julai 2014 bagi membincangkan insiden pesawat MH17 yang ditembak di Ukraine serta sidang khas mengenai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) pada Januari 2016.
Beliau menggesa perdana menteri mengemukakan usul itu kerana hanay Datuk Seri Najib Razak boleh berbuat demikian, berdasarkan peraturan dewan.
“Maka dengan ini saya menggesa perdana menteri memanggil sidang tergempar parlimen segera yang mungkin bagi membincangkan dakwaan terbaru oleh DOJ.
“Lantas dapat membersihkan nama negara dari sebarang cemuhan dan tohmahan,” katanya dalam kenyataan.
Menyentuh langkah DOJ pada Khamis, beliau berkata isu itu telah menjadikan dana 1MDB mendapat perhatian dunia sekali lagi.
“Tambah memeranjatkan apabila timbul dakwaan terbaru bahawa sebanyak RM17 bilion telah diseleweng oleh 'pegawai tertinggi negara' untuk membiayai kehidupan serba mewah,” katanya.
Saman terbaru itu mendedahkan beberapa perkara termasuk bagaimana wang yang amat besar digunakan untuk membeli karya seni, hartanah, melabur dalam filem Hollywood, membeli kapal layar dan rantai berserta loket berlian bernilai puluhan juta dolar.
Peguam Negara (AG) Tan Sri Mohamed Apandi Ali membidas DOJ atas "sindiran" terhadap perdana menteri dalam saman itu.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak pula mengutuk keras tindakan pembangkang yang menurutnya sanggup mengetepikan kedaulatan negara apabila menggunakan kuasa asing untuk mencampuri urusan politik negara.
Beliau mendakwa mereka sanggup memanipulasi saman sivil DOJ sebagai senjata politik semata-mata untuk menjatuhkan pemimpin negara dan menjayakan matlamat peribadi.

No comments:
Post a Comment