JOHOR BAHRU - Pas Johor bakal cipta sejarah tersendiri apabila bertanding kerusi terbanyak di negeri ini sepanjang sepanjang PRU.
Pesuruhjayanya, Abdullah Hussin berkata, mereka mengisytiharkan untuk bertanding di 17 kerusi Parlimen dan 40 kerusi Dun pada PRU14 nanti.
“Kita telah buat perbincangan untuk bertanding sebanyak itu di kerusi Parlimen dan Dun, sekali gus mencipta sejarah kerana bertanding kerusi terbanyak sepanjang PRU berbadning lapan kerusi Parlimen dan 31 kerusi Dun pada PRU lepas.
“Calon-calon yang akan bertanding pula terdiri daripada pelbagai latar belakang termasuk ulama, profesional, aktivis masyarakat dan sebagainya,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan Pas Johor, di sini, kelmarin.
Bagaimanapun, katanya, mereka tidak akan dedah senarai kerusi yang disasarkan dan calon yang bertanding.
Abdullah yang juga Adun Puteri Wangsa berkata, Pas Johor telah bersedia menghadapi PRU dan hanya menunggu wisel sahaja.
“Walau pun kita (Pas) dalam keadaan bersendirian dan tidak bekerjasama dengan parti lain, namun kita mempunyai pertimbangan untuk tidak bertanding di semua 26 kerusi Parlimen dan 56 Dun.
“Kita sedar, apabila bersendirian, kita kena usaha lebih kuat dan persediaan semaksimum telah dilakukan,” katanya katanya yang turut beri bayangan ada calon heavyweight Pas akan bertanding di negeri ini.
No comments:
Post a Comment