MEMBACA wawancara Pengarah Strategi Parti Amanah
Negara (AMANAH), Dr Dzulkefly Ahmad, di dalam akhbar mingguan The Edge
Malaysia keluaran 19-25 Jun 2017, jelas tergambar bayangan pengakuan
kalah awal-awal lagi AMANAH di kerusi-kerusi majoriti Melayu yang akan
ditandingi olehnya di dalam Pilihan Raya Umum Ke-14.
Bayangan pengakuan kalah AMANAH di kerusi-kerusi majoriti Melayu yang
akan ditandingi olehnya ini dapat dilihat di dalam dua kenyataan Dr
Dzulkefly berikut:
(1) “The nascent support base that was emerging as the core
support for PAS, in the 2008 and 2013 general elections [notably the
Chinese, Indians and urban Malays], would have left them (PAS). They are
now our core support.”
(Terjemahan: “Tapak sokongan baru yang muncul sebagai sokongan teras terhadap PAS, dalam Pilihan Raya Umum 2008 dan Pilihan Raya Umum 2013 [khususnya golongan Cina, golongan India dan golongan Melayu bandar], akan telah meninggalkan mereka (PAS). Mereka sekarang adalah sokongan teras kita.”)
(2) “AMANAH has to depend on mixed seats due to its core strength among middle Malaysians who no longer support PAS.”
(Terjemahan: “AMANAH terpaksa bergantung kepada kerusi-kerusi campuran disebabkan kekuatan terasnya di kalangan golongan pertengahan Malaysia yang tidak lagi menyokong PAS.”)
Sehubungan ini, selaras dengan pengakuan Dr Dzulkefly bahawa sokongan teras AMANAH adalah golongan Cina, golongan India dan golongan Melayu bandar yang sekali gus menyebabkan AMANAH terpaksa bergantung kepada kerusi-kerusi campuran, eloklah jika para pemimpin AMANAH lain melupakan terus usaha mereka untuk menawan kerusi-kerusi majoriti Melayu, khususnya di negeri-negeri Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.
Serentak dengan itu, eloklah juga jika para pemimpin AMANAH Kelantan berhenti dari melaungkan bahawa mereka akan menawan tampuk pemerintahan Kelantan dari tangan PAS kerana kerusi-kerusi di Kelantan adalah kerusi-kerusi majoriti Melayu, bukan kerusi-kerusi campuran.
Sesungguhnya Allah melarang hamba-Nya dari melakukan perkara sia-sia.

قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَJangan lupa, pemberi nasihat ini adalah Pengarah Strategi AMANAH sendiri. – HARAKAHDAILY
الَّذِينَ هُمْ فِي صَلَاتِهِمْ خَاشِعُونَ
وَالَّذِينَ هُمْ عَنِ اللَّغْوِ مُعْرِضُونَ
Sebelum balik kampung tutup suis peralatan elektrik, tanggal palam – TNB
KUALA LUMPUR, 21 Jun:
Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengeluarkan beberapa panduan penggunaan
elektrik sebelum orang ramai balik ke kampung bagi menyambut Aidilfitri.
Pengurus Besar Kanan (Hal Ehwal Korporat), Kumpulan Komunikasi Korporat TNB. Datuk Ir Mohd Aminuddin Mohd Amin berkata tip itu bersifat praktikal dan bijak tenaga untuk mereka yang pulang ke kampung.
Antara lain pengguna disaran memastikan suis peralatan elektrik yang tidak digunakan ditutup dan palamnya ditanggalkan bagi mencegah pengaliran arus elektrik.
Sekiranya perlu menyalakan lampu rumah bagi mengelak kecurian, pengguna disaran mempertimbang penggunaan alat pengukur masa supaya lampu tidak terpasang selama 24 jam.
TNB juga menekankan pentingnya soket berada dalam keadaan baik dan tidak dibebankan dengan penyesuai berlebihan.
“Pastikan peralatan elektrik yang perlu dipasang berada dalam keadaan baik dan motor di dalam peralatan elektrik bermotor berfungsi dengan lancar,” kata Mohd Aminuddin dalam satu kenyataan.
Syarikat utiliti itu juga menyarankan supaya gulungan wayar sambungan tambahan dibuka sepenuhnya bagi mengelak ia menjadi terlalu panas sewaktu digunakan.
TNB turut menyaran pengguna elektrik menguji Pemutus Litar Arus Baki (PLAB) sebaik-baiknya dilakukan sebulan sekali dengan merujuk laman web TNB di www.tnb.com.my atau di Facebook TNB Careline untuk mengetahui cara menguji PLAB.–Bernama

No comments:
Post a Comment