Monday, June 19, 2017

Niat baik bantu gelandangan jadi pembaziran, ratusan makanan tidak terusik

Astro Gempak
Niat baik bantu gelandangan jadi pembaziran, ratusan makanan tidak terusik
Baru-baru ini tersebar foto beratus-ratus bekas makanan yang tidak disentuh di perkarangan Masjid Negara. - Astro Gempak

SETIAP kali menjelang Ramadan ramai yang memilih untuk berbuat amal termasuk memberi makanan kepada golongan gelandangan.

Bagaimanapun niat baik bertukar sebaliknya apabila baru-baru ini tersebar foto beratus-ratus bekas makanan yang tidak disentuh di perkarangan Masjid Negara.

Foto tersebut yang dikongsi oleh seorang pengguna laman sosial di akaun Facebook (FB) mula menjadi viral sejak Sabtu lalu.

Perkara tersebut mengundang rasa sedih dikalangan orang ramai dan mereka mencadangkan supaya ada pihak tampil menguruskan sumbangan diberikan dengan cara yang lebih sistematik.



Antara komen orang ramai di entri FB Penang Kini:

@Bullet Ksatria: "Kalau nak bersedekah lebih baik beri sedekah dana seperti wang, sejadah, buku-buku agama, peralatan harian pada orang-orang miskin, rumah orang-orang tua, rumah anak yatim dan pondok-pondok agama."

@Nur Azlin: "Sedekah makanan secara random macam ni rasanya tidak penting sangat pun. Majoriti yang dijamu makan tu masih mampu beli dan masak sendiri. Kalau tak habis memang akan jadi pembaziran macam tu. Beri sedekah pada yang tak mampu dan yang memerlukan lebih baik daripada membazir."

@Razak Ann: "Pergi bagi dekat sekolah anak-anak yatim. Ubah konsep dari bagi kat orang macam itu saja. Baik fokus pada rumah anak-anak yatim dan sekolah-sekolah agama. Cadangan saja. Nak ikut boleh dan nak kecam pun boleh."

@Arie Phakdee: "Sayangnya tengok nasi dibazirkan macam tu sahaja, orang kita ni pun satu jugak perangai, nak sedekah tu sedekah la, tapi jangan pakai longgok gitu saja, kena la pastikan sampai pada golongan sasaran, jangan letak dan tinggal macam itu saja."

Diharapkan ada pihak yang memandang serius perkara ini untuk mengelakkan pembaziran seumpama ini berulang.



No comments: