KUALA LUMPUR – Sebagai seorang yang sudah berumur, membawa
perwatakan ‘lebai’, adalah tidak masuk akal untuk merakam aksi
bercumbuan dalam kereta sehingga menjadi tular.
Tambahan pula, dalam video berdurasi 2.22 minit itu, didapati
seorang kanak-kanak berada di bangku belakang kereta tersebut dalam
keadaan terpaku.
Selebriti media sosial, Abdul Rani Kulup Abdullah ketika dihubungi
menggesa agar mana-mana pihak tidak mencontohi perlakuan sumbang
tersebut.
Beliau turut menggesa agar semua pihak berhenti menyebarkan video
tersebut kerana risau memberi kesan yang negatif kepada penonton,
terutama golongan kanak-kanak.
“Dah tua kan, sedarlah diri tu, janganlah buat benda tak senonoh macam tu. Bulan puasa pula tu,” katanya kepada MalaysiaGazette.
Di laman-laman sosial juga, netizen turut mengecam perbuatan dua warga emas tersebut yang turut berimej Islam itu.
“Tak padan dengan lebai, tudung. Orang tua zaman sekarang dah
terbalik,” kata salah seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama
Mohd Ropi. – MalaysiaGazette
No comments:
Post a Comment