Berikutan murka Sultan Selangor, difahamkan ramai pihak berkaitan
kini keberatan menyentuh isu dakwaan wakil rakyat PKR R Sivarasa memberi
ceramah politik di dalam masjid.
Seorang anggota jawatankuasa (AJK) Masjid An-Nur, Kampung Melayu Subang, memberitahu Malaysiakini bahawa mereka diberitahu supaya tidak melayan pertanyaan media.
“Saya tidak tahu secara terperinci apa yang berlaku malam itu kerana berada di Mekah.
“Tetapi jika kamu tanya AJK lain jawapannya akan sama juga,” katanya.
Malaysiakini juga mendekati sekumpulan anak kariah selepas selesai solat Asar yang rata-rata kesal dengan apa yang berlaku.
Seorang daripadanya berkata tidak mahu mengulas kerana perkara itu hanya akan membuatkannya marah.
Bagaimanapun, seorang pesara 65 tahun sedia berkongsi apa sebenarnya yang berlaku pada malam itu.
“Kalau diikutkan, perkataan (Sivarasa) dia tidak menyentuh hal politik,” katanya yang enggan namanya disebut.
Bagaimanapun, kata lelaki itu lagi, terdapat logo PKR dipamerkan melalui bunting yang diletakkan di ruang solat.
Pada 2 Jun lepas, sultan Selangor menzahirkan rasa dukacita dengan tindakan Sivarasa yang menyampaikan ucapan di ruang solat masjid itu dalam satu majlis pada 24 Mei lalu.
Baginda menitahkan agar Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyiasat perkara itu dengan terperinci dan mengambil tindakan lanjut terhadap mana-mana AJK masjid yang melanggar peraturan.
Bagaimanapun, Sivarasa menafikan beliau memberi ceramah politik ketika menyampaikan sumbangan untuk masjid dan surau di kawasan parlimen berkenaan.
Sementara itu, penduduk yang ditemui Malaysiakini berkata mereka tidak kisah jika acara itu dibuat di perkarangan masjid, tetapi bukan di ruang utama.
“Kalau dibuat di perkarangan tak ada masalah. Dulu ada Cina bagi sumbangan, banyak kampit beras (diedar), tapi bagi di perkarangan saja. Lebih elok di luar,” katanya.
Anak kariah itu juga berkata ucapan itu dibuat kira-kira 15 minit.
Sivarasa bagaimanapun ketika dihubungi berkata beliau tidak bertanggungjawab atas tindakan pihak yang mempamerkan logo PKR di dalam masjid itu.
“Seperti saya cakap dalam kenyataan 31 Mei lepas, program itu dianjurkan oleh pejabat penyelaras Kota Damansara,” kata Sivarasa kepada Malaysiakini.
'Program saya dia pula dapat nama'
Penyelaras kawasan parlimen itu Mohd Radzlan Jalaludin pula ketika dihubungi menegaskan tiada unsur politik dalam ucapan Sivarasa.
“Tak ada langsung.
Kebanyakannya dia ucapkan selamat menyambut Ramadan Karim kepada tetamu semua dan juga komitmen kerajaan negeri untuk memberi sokongan kepada masjid-masjid dan surau-surau dalam negeri Selangor,” katanya.
Beliau juga berkata ucapan itu terlalu ringkas tidak lebih 5 minit.
Mengulas berkaitan 'undangan' terhadap Sivarasa, Radzlan berkata ia hanya dibuat melalui kumpulan WhatsApp, yang turut disertai oleh Sivarasa.
Kemudian, katanya, anggota Parlimen Subang itu berminat untuk hadir walaupun tiada undangan atau surat rasmi dikeluarkan.
Radzlan juga menegaskan Sivarasa tidak terlibat dalam penganjuran acara itu.
“Itu program saya, bukan program dia. Sumbangan pun sumbangan saya, bukan dia. Kasihan saya. Yang menyumbang saya, yang dapat nama dia,” katanya berseloroh.
Ditanya kenapa acara itu tidak dilangsungkan di perkarangan masjid, Radzlan berkata ia berlaku secara kebetulan.
“Asalnya tak ada dia dalam jemputan. Sebab dia datang, program itu pun dah bermula, takkan nak biar dia di luar. Dia pun terus masuk dalam masjid,” kata Radzlan.
Beliau juga tidak tahu bagaimana logo PKR boleh dipaparkan dalam ruang solat di masjid itu.
“Asalnya di kaunter pendaftaran. Kita buka kaunter pendaftaran untuk masjid-masjid daftar diri.
Bila sampai sesi ucapan, saya tak sedar siapa letak situ,” katanya.

No comments:
Post a Comment