KUALA LUMPUR: Polis Diraja
Malaysia (PDRM) menahan empat lelaki termasuk tiga warga Indonesia
kerana disyaki terlibat dengan kumpulan militan Daish.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata tiga ditahan di Sandakan, Sabah semalam iaitu dua daripadanya warga Indonesia dipercayai anggota Daish yang berhasrat untuk menyertai pertempuran di Marawi, Filipina.

Khalid berkata suspek berusia lingkungan 30 ke 48 tahun ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan Kanun Keseksaan.
Menurutnya dalam tangkapan itu, polis turut merampas beberapa dokumen berkaitan Daesh selain senjata seperti pisau Rambo dalam tangkapan di Sandakan. -- BERNAMA
No comments:
Post a Comment