Sunday, June 18, 2017

Dr Vida sedia lepaskan saham syarikat, tak tahan dikecam netizen

 
Beliau perlukan seorang rakan baharu untuk menjalankan operasi perniagaan dan membolehkan beliau berehat. 


vida_13_

Berminat untuk jadi rakan kongsi pengusaha kosmetik, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman yang terkenal dengan tagline “Qu Puteh, Qu Puteh, Barulah Putih”?

Okay, peluang terbuka kepada anda!

Kecil hati dengan kecaman netizen terhadap aksinya di kaca televisyen, Vida sedang mempertimbangkan untuk melepaskan sebahagian besar saham syarikatnya.

“Saya ni asyik kena kutuk kena kacau, jadi saya nak duduk di belakang tadbir je sekarang ni.

“Saya nak duduk diam je, kalau anda benci tengok gedik saya okay tak payah. Saya takkan exposekan diri selepas ini,” katanya kepada mStar Online.

Jutawan kosmetik itu menjelaskan kehadiran rakan baharu itu untuk menjalankan operasi perniagaann dan membolehkan beliau berehat.

“Pembeli saham tu nanti juga mesti kena kebal macam saya,” kata ketua pegawai eksekutif Vida Beauty Sdn Bhd sebagai amaran.

Beliau menafikan keputusan melepaskan sebahagian besar sahamnya kerana perniagaannya menghadapi masalah.

“Lepas ni mesti ada yang kata bisnes saya tak laku, terpulanglah apa anda nak kata. Saya tak boleh halang mulut sesiapa,” katanya.

Wanita 46 tahun ini terkenal sebagai duta pelbagai produk kecantikan dan penjagaan kesihatan keluaran syarikatnya. Selepas 11 tahun berniaga, kejayaan perniagaannya membolehkan beliau menaja pelbagai program hiburan televisyen.

Menurut laporan itu, Vida akui terguris hati dan merajuk dengan kutukan dan kecaman warga internet terhadapnya. Beliau percaya keputusan untuk berehat mungkin akan memuaskan hati mereka yang mengata beliau.

“Sebab tu sekarang saya jarang muncul di kaca TV…kita tengok jika industri hiburan tetap meriah tanpa saya yang kena terhegeh-hegeh bercakap di atas pentas,” katanya.

No comments: