SHAH ALAM: Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr
Mahathir Mohamad mendakwa Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ)
mempunyai hak untuk mengambil tindakan undang-undang untuk merampas aset
yang dipercayai diperolehi dari wang 1Malaysia Development Berhad
(1MDB) yang bernilai AS$540 juta.
Menerusi temubual di Facebooknya, Dr Mahathir berkata tindakan itu
boleh diambil kerana jenayah itu dilakukan di Amerika Syarikat.
Menjelaskan 'jenayah' itu, bekas perdana menteri itu juga perbelanjaan
sebesar itu yang dilakukan rakyat Malaysia yang membeli aset dan
hartanah dalam jumlah yang besar merupakan sebahagian dari skim
penggubahan wang haram.
“Bila orang curi duit atau dapat duit banyak daripada contohnya
perniagaan dadah, mereka perlu bersihkan duit itu seolah-olah mereka
dapat secara halal.
“Macam mana dia buat, dia pergi ke negara lain dia beli harta. Jadi
duit itu sudah jadi harta. Itu boleh mengelakkan dia mempunyai duit yang
banyak. Itulah yang dia buat, beli harta banyak yang mahal-mahal di
Amerika.
“Jadi Amerika berhak bertindak. Ini jenayah di Amerika bukan jenayah di
Malaysia,” demikian memetik sebahagian wawancara di Facebooknya, hari
ini.
1Malaysia Development Berhad (1MDB) dalam kenyataannya hari ini
terhadap dokumen terbaru yang difailkan Jabatan Kehakiman Amerika
Syarikat (DoJ) untuk merampas aset bernilai RM2.3 bilion yang didakwa
dilarikan, menyifatkan 'bukti' itu sebagai tidak jelas.
Ia menyusul selepas DoJ pada semalam memfailkan dokumen lebih dari 200
mukasurat di sebuah mahkamah di California sebagai usaha merampas aset
dan hartanah mewah yang didakwa dibeli menggunakan wang yang dilarikan
1MDB.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menafikan melakukan salah laku
dalam pengurusan syarikat milik Kementerian Kewangan itu.
Menerusi tuntutan DoJ juga ahli perniagaan Low Taek Jho dinamakan
sebagai yang ada kaitan dengan penggunaan wang berkaitan 1MDB yang
membeli hartanad yang hendak dirampas.
“Kita kena dapat kerajaan yang prihatin, yang tidak boros belanja,
tidak salah gunakan kuasa, tidak salah gunakan kewangan negara.
Sebaliknya semua ini boleh dilakukan dengan baik kalau kita tukar
kerajaan yang janji untuk berkhidmat untuk rakyat dan tunaikan janji
itu,” kata Dr Mahathir.
No comments:
Post a Comment