Wednesday, June 21, 2017

APM sediakan petrol untuk pengguna

SINAR ONLINE

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
 
KUALA NERUS - Angkatan Pertahanan Awam  Malaysia (APM) Terengganu akan menyediakan bekalan petrol untuk dijual dalam kuantiti kecil kepada pengguna Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) yang kehabisan minyak sepanjang sambutan Aidilfitri ini.

Pengarahnya, Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berkata, inisiatif tersebut yang dilaksanakan bermula tahun lepas menyasarkan terutamanya penunggang motosikal.

"Menerusi Ops Bantu ini kita turut  membantu pengguna jalan raya yang menghadapi kesulitan lain seperti masalah teknikal dan tayar bocor," katanya kepada pemberita selepas melancarkan secara serentak Ops Bantu, Ops LPT2 dan Ops Selamat jabatan itu, di sini semalam.

Beliau berkata bagi memastikan bantuan petrol itu lebih berkesan, pihaknya memperuntukkan RM100 untuk setiap daerah berbanding RM300 untuk semua lapan daerah di negeri ini tahun lalu.

Mengenai tiga operasi itu, Che Adam berkata pihaknya menggerakkan 200 pegawai dan petugas selain turut menempatkan pasukan di kawasan Rehat dan Rawat Perasing, Kemaman dan susur keluar Plaza Tol Ajil, Hulu Terengganu.  - Bernama

No comments: