Ramadhan tahun lalu gempar di media sosial memperkatakan sebuah rakaman video solat Tarawih ekspres di Jawa Timur, Indonesia.
Lebih memeranjatkan, ‘amalan’ itu sudah dilakukan secara turun temurun di masjid sama sejak 160 tahun lalu.
Baru-baru ini tular pula sepotong rakaman video di laman sosial Facebook Husnul Khatimah aksi solat berjemaah sambil menari yang dipercayai berlaku di Indonesia.
Menerusi video berdurasi 51 saat itu, puluhan jemaah lelaki dan wanita sedang menghayunkan badan ke kiri dan kanan diiringi gerakan tangan sambil melaungkan kalimah yang tidak dipastikan sebutannya.
Kemungkinan besar juga aksi itu berlaku ketika jemaah mengerjakan solat sunat Tarawih.
“Indonesia merupakan negara yang paling ramai umat islam di dunia namun sayang pihak agama di sana tidak membendung gejala islam songsang yang banyak berlaku. Itu lagi bahaya. Akan timbul puak-puak dalam agama islam itu sendiri,” kata Kamsan Talib.
Bagaimanapun, ada pendapat yang menyatakan perbuatan itu adalah sebahagian daripada zikir.
“Sekadar info: itu bukan solat tapi zikir ‘jahr la ilaa ha illalloh’… Gerakan semua anggota tubuh untuk melatih ke zikir sirri… Ajaran Tarekat tu,” jelas Amin Musthofa.
No comments:
Post a Comment